Perlu lebih berhati-hati ketika berbicara|Siapa yang perlu lebih berhati-hati? Jawapannya adalah diri aku sendiri. Atas kerana apa? Kerana aku di kelilingi oleh manusia yang tidak menunjukkan diri mereka yang sebenar. Kenapa aku cakap macam ni?
Mudah sahaja kalau kita nak kenal hati budi seseorang itu. Cuba ambil masa untuk duduk berdua-duaan dengan rakan anda. Dan lihat cara perbualan mereka. Topik apakah yang banyak dibualkan olehnya. Dan cuba untuk mengaitkan suatu topik perihal seseorang. Cuba pula tengok reaksi dia.
Sekali lagi, cuba lihat diri mereka apabila berhadapan dengan orang ramai. Apakah yang mereka bualkan. Apa yang dapat dari perkara ini adalah, kebanyakkan dari mereka yang disekeliling aku menjadi manusia yang berbeza untuk waktu yang berbeza.
Aku sangat pelik dengan manusia yang semacam ini. Yang sememangnya banyak di kalangan kita. Apabila berdua, kata-kata mereka sangat tajam untuk seseorang. Tapi apabila berhadapan dengan orang yang diperkatakan tadi, kata-kata mereka umpama madu. Yang mampu mengukir senyuman pada siapa sahaja yang mendengarnya.
Kenapa mesti macam ni eh? Aku bukan manusia semacam itu. Aku lebih suka menunjukkan apa rasa diri aku. Tetapi apabila aku memikirkan semula, aku sememangnya perlu lebih berhati-hati ketika berbicara. Bukan kerana apa, kerana ramai orang yang sedang menunggu peluang.
Aku sedar akan perkara ini. Aku sememangnya perlu berhati-hati dengan siapa sahaja. Tak usah layan dengan manusia semacam ini. Kelak nanti, binasa diri. Rezeki datangnya dari yang maha esa. Bukan dari manusia. Manusia tidak mampu memberikan rezeki kepada orang lain melainkan dengan izin yang maha esa.

No comments:
Post a Comment