Koyak Wang Kertas Bernilai 50,000 yuan (RM24,000)
China – 12 pekerja sebuah bank menghabiskan masa selama enam jam untuk menyambung semula kepingan kecil wang kertas bernilai kira-kira 50,000 yuan (RM24,000) yang dikoyak oleh seorang wanita sakit mental.
Namun selepas berjam-jam berhempas pulas, mereka hanya mampu menyambung sekeping sahaja wang kertas 100 yuan.
Ini kerana wang berkenaan yang dibawa oleh suami wanita tersebut, Lin Zhaoqiang, 31, rosak teruk dan sukar disambungkan semula.
Lin telah mengeluarkan wang berkenaan daripada bank untuk digunakan bagi rawatan penyakit mental yang dialami oleh isterinya itu.
Namun pada suatu hari, selepas pulang dari kerja, dia terkejut selepas mendapati isterinnya telah mengoyak semua wang kertas itu menjadi kepingan kecil.
“Menurut doktor, jika isteri saya menjalani rawatan, penyakitnya itu boleh sembuh, namun kini semua wang itu telah musnah,’’ kata Lin yang telah berhenti kerja bagi membolehkannya menjaga isterinya yang sakit.
Selepas kisahnya itu disiarkan media, Lin menerima simpati seluruh negara malah ada ahli perniagaan yang sanggup membayar nilai wang yang rosak itu.
Sementara seorang pelajar komputer sains pula sedia membantu menyambung semula kepingan wang berkenaan melalui teknologi komputer.
Namun ia mungkin akan mengambil masa selama sebulan manakala seorang artis pula mencadangkan supaya kepingan kecil wang berkenaan dijadikan hasil seni.
Bagaimanapun seorang peguam memberi amaran, tindakan tersebut melanggar undang-undang kerana matawang China tidak boleh dijadikan sebagai produk komersial.
No comments:
Post a Comment