Saturday, May 12, 2012

PBAKL 2012 - Entri Tertunda 1

Hurm..rata-rata bloggers ramai sudah membuat entri mengenai PBAKL2012.  Walaupun sudah seminggu berlalu, baru hari ini berkesempatan membuat entri mengenai nya.
Hari Khamis minggu kedua saya ke sana bersama-sama rakan sekerja dan wakil pengedar buku..tujuan kami hendak memilih buku-buku rujukan untuk perpustakaan...
Usai memilih buku-buku yang dirasakan relevan untuk bidang pengajian kami, kami masih ada sedikit masa untuk menjengah ke dewan yang lain yang menempatkan booth PTS dan Galeri Ilmu...
Tujuan saya hendak membeli buku terkini Prof Kamil , Bersyukur Saat DiUji dan isteri, Puan Roza Bukan Sekadar Resepi.  Rasa sedikit hampa kerana hanya buku Pn Roza yang ada, buku Prof...laris seperti goreng pisang panas sehingga kehabisan stok...namun saya memujuk hati sambil berkata-kata di dalam hati...InsyaAllah jika ada rezeki lain kali boleh beli...Kemudian saya beredar ke booth PTS pula..mencari pula novel sejarah Islam hasil nukilan Abdul Latip Talib atau lebih dikenali dengan Pak Latip yang terkini, Badiuzzaman Said Nursi..

Sejak hari Sabtu, anak bongsu saya mengajak ke pesta buku. Tidak lain tidak bukan beliau sangat teruja untuk berjumpa penulis novel kanak-kanak dan remaja yang tersohor iaitu Ain Maisarah.  "Ummi, nak pergi kedai pink Ain Maisarah...," rayu Hana...
Kedai Pink Ain Maisarah


 Akhirnya Alhamdulillah kami diberi kelapangan untuk ke sana pada hari Ahad, iaitu hari terakhir PBAKL2012 ini diadakan... pagi-pagi lagi kami sudah berada di sana.  Ini adalah untuk mengelakkan orang yang tersangat ramai dan bersesak-sesak nanti. 

Alhamdulillah..keadaan masih lagi terkawal semasa kami sampai... booth pertama yang kami kunjungi adalah Kedai Pink Ain Maisarah..baru ada beberapa orang sahaja yang menunggu giliran untuk bertemu Ain Maisarah ...
 Hana telah membeli 1 set novel kanak-kanak terkini AIn Maisarah...
Koleksi terbaru dari Ain Maisarah


~ bersambung di entri akan datang ~

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas