ALhamdulillah ..kali ini cuti sekolah pertengahan tahun, menyaksikan semua anak-anakku berkumpul ..semua 8 orang... tetapi keadaan itu hanya bertahan sehari! Sabtu ..anak bungsu ku Hana telah mengikut ibu saudaranya, iaitu kakak ku yang dipanggil Mak Long pulang ke kampung. Ini adalah kerana anak ke-2 kakakku akan melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu 2hb Jun nanti ...
Hari Ahad pula, anak ke-6 Mu'adz telah menyertai program rehlah bersama-sama kumpulan usrahnya ke Port Dickson...
InsyaAllah esok kami akan pulang ke kampung untuk sama-sama menyiapkan persiapan perkahwinan ..huhu..sudah lama tidak menghadiri kenduri sebegini... selalunya kenduri perkahwinan di bandar sekaranag sangat berlainan dari dahulu. Semuanya catering... persiapan makanan, dan lain-lain ...sanak-saudara hanya datang jemputan makan sahaja ...tiada lagi suasana seperti sewaktu aku kecil...beberapa minggu sebelum hari berlangsungnya, sanak-saudara sudah mula datang ke rumah menolong membuat persiapan perkahwinan..orang Johor panggil acara ini "rewang" ...
ada yang datang menolong mengupas bawang, memilih beras, dan lain-lain...suasana sungguh meriah sekali ...
semua itu hanya tinggal kenangan ...
Faizah, anak ke-2 kakakku akan menjadi CUCU PERTAMA kepada ibu bapa ku yang berkahwin... TAHNIAH FAIZAH !!
oleh sebab itu ibuku sangat teruja ... walaupun ibu sudah tua, tapi dia berkeras juga hendak memasak sendiri makanan untuk jemputan (sudah tentu ibu hanya jadi PENGARAH! ..sebab ibu yang tahu resepi memasak) ...anak-anak saudara dan sepupu2 yang akan bertungkus lumus menolong di dapur dan menjadi penyambut tetamu ...
InsyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar...
No comments:
Post a Comment