Monday, May 28, 2012

selesanya KEPOMPONGKU!

assalammualaikum..

orang selalu je cakap
'kita kena keluar dari kepompong untuk berjaya, kalau tak keluar dari zon selesa, macam tu aje la hidup u sampai bila-bila' 

berani ke nak keluar dari kepompong?
boleh ke nak hidup luar dari zon selesa?
dah fikir habis ke nak buat anjakan paradikma ni?

wahhhhhhhhhhhhhhhhhh...banyaknya kena fikir kalau nak buat benda yang luar dari kebiasaan!!
saya akui saya memang penakut. saya memang tak berani untuk keluar dari kepompong, iaitu zon selesa saya! dah lama saya perasan masalah saya ni. dah buat kajian dah :) saya dh buat kajian kenapa saya belum berjaya. dan jawapannya...........memang saya takut keluar dari kepompong!

saya pernah nak bisnes makanan, dah cari cara-cara nak buka gerai @ kedai. saya tahu prosedur2 yang kena buat sebelum buka bisnes makanan. saya tahu kena buat lesen, kena cucuk kat jabatan kesihatan, kena tu,kena ni..semua saya tahu. tapi saya tak buat.

saya pernah nak buka bisnes pertanian, dah jumpa pegawai dari fama. dah tahu cara nak mulakan, cara nak dapat pinjaman, cara nak buat kontrak dengan fama. dah cari tanah untuk disewa. semua saya dah belajar. tapi saya tak buat.

saya tak buat sebab saya takut dengan diri sendiri.saya tak suka keluar dari kepompong saya.

selalu saya berfikir, saya terlalu banyak masa lapang,kenapa tak buat sesuatu yang memberi impak yang besar dalam hidup? kenapa asyik berfikir dan tak buat? kenapa malas sangat ni????

saya pernah dengar, dato' maznah hamid cakap, mulakan bisnes pada usia 27tahun dan anda akan jadi jutawan pada usia 40tahun! jika anda masih belum menjadi jutawan, ada yang tak kena dengan bisnes itu, buat sesuatu!!

sejujurnya kata-kata tu tak pernah saya lupa. selalu bermain-main sambil melompat-lompat kat fikiran ni.

so,perluke saya keluar dari keselesaan saya ni?


p/s: saya nak melihat dunia




No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas