Tiba-tiba dapat tahu, pembantu rumah sahabatku dah tak boleh buat kerja rumah lagi..sebabnya? kerana semasa dia sedang membuat kerja, tiba-tiba tangan sebelah kanannya tak berasa apa-apa...rasa ringan dan melayang aje...terus dia dah tak rasa apa-apa...
Selepas berjumpa doktor dan buat pemeriksaan, tekanan darah tinggi dia sangat tinggi sehingga mencecah 200...mmg sangat tinggi! Erti kata lain, beliau kena 'mild stroke'!
Lalu semasa kami mengadakan majlis usrah semalam, kami sama-sama turut membacakan doa penyembuh penyakit Angin Ahmar...namun saya baru mengetahui sejarah angin ahmar ini...
(rujukan: Abu Mazaya Al-Hafiz, 2008)
Sesungguhnya penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarah tersendiri. Ia telah ada sejak zaman baginda Nabi Sulaiman a.s. Awal kisahnya adalah ketika baginda Nabi SUlaiman a.s. mengumpulkan segenap rakyatnya dari segala jenis bermula dari bangsa jin, manusia, haiwan dan makhluk halus yang lain maka secara tanpa disedari beliau berasa bangga atau 'ujub diri'. Dalam lintasan fikiran dan hati kecilnya tersirat satu kenyataan. "Siapakah makhluk Allah SWT yang enggan tunduk dan taat kepadanya?"
Seketika itu juga menjelmalah satu makhluk Alah SWT seperti lembaga manusia, yang besar, gagah, hebat dan garang. Nabi Sulaiman dengan serta-merta terkejut dan menggeletar, lalu bertanya kepada lembaga tersebut tentang siapa dia dan untuk apa ia datang. Lembaga itupun memperkenalkan dirinya bahawa namanya adalah al-Raihul al-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu suatu penyakit yang amat merbahaya dan susah untuk diubati. Katanya juga ia diberi satu kuasa oleh Allah SWT untuk mendatangkan kesakitan kepada anak-cucu Nabi Adam a.s. termasuklah mampu merasuk ke dalam tubuhnya melalui urat saraf dan aliran darah. Sekiranya ia bersarang di dalam otak ia juga boleh menyebabkan hilang akal dan gila.
Tanpa membuang waktu Nabi Sulaiman a.s. segera menitahkan kepada seluruh panglimanya untuk membunuh dan membinasakan lembaga tersebut. Malangnya lembaga tersebut segera menghilang sambil berkata bahawa tiada sesiapa yang akan dapat membunuh dan membinasakannya dan bahawa Allah SWT telah memberikannya kuasa kepada dirinya dan memanjangan umurnya sehingga batas waktu yang telah ditetapkan kelak. Dengan demikian Angin Ahmar tetap masih ada sampai sekarang.
...... (bersambung ke Siri 2)
Rujukan: Abu Mazaya Al-Hafiz, 2008. Doa Penyembuh Penyakit Angin Ahmar. Al-Hidayah, pp. 14-17.
No comments:
Post a Comment