Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saja nak kongsikan resepi yang dibuat pada tengah hari tadi.. Sebab apa saya kata sihat kerana ia dikukus dan bahan-bahan nak buat ni banyak guna herba seperti kunyit hidup, daun kunyit dan sebagainya yang kita tau banyak khasiatnya..
jom, kita tengok apa resepinya..

- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1cm halia
- 1cm kunyit hidup
- belacan besar ibu jari (ikut suka nak letak atau tak)
- 2 helai daun kunyit racik
- 2 helai daun limau purut racik
- 2 biji Limau kasturi
- 1 senduk kelapa parut
- 3 sb cili kisar
# Blend bawang putih, merah, halia, kunyit, serai dan belacan
# campurkan kelapa parut, cili kisar dan bahan blender dan gaul sebati dengan daun kunyit dan daun lima purut.
# perah limau letak gula dan garam
# Letak ikan tenggiri @ ikut suka nak letak ikan apa atas daun pisang pastu letakkan bahan tadi dan lipat..Sematkan dengan lidi dan kukus dalam 8 minit..
Ini adalah Pais ikan yang saya buat
Saja buat sikit sebab baru percubaan..hehe :)
Ini pulak resepi asal yang saya ambik kat group Resepi Ringkas kat fb
No comments:
Post a Comment