Monday, August 13, 2012

ALLAH maha pemurah

assalammualaikum..

 - kak ayu, pakcik tu bertakung air mata bila dapat duit tu, nampak la air mata kat hujung mata dia -

alhamdulilah.. syukur apabila amanat yang diberikan oleh kelurga saya, sampai tepat kepada orang yang memerlukan.  benarlah ISLAM itu adil. dilebihkan habuan seseorang untuk orang lain. penyampaiannya secara halus. tak terus diberikan kepada kita, tapi melalui orang lain. bukankah dengan cara itu kita akan lebih bersyukur?

saya lihat ramai sahabat-sahabat yang meletakkan diri mereka sebagai tidak berduit. atas alasan itu, mereka tidak bersedekah. tak cukup katanya. tak tahukah mereka dengan RM1 yang mereka sedekahkan, ALLAH akan menggantikan dengan RM10? mungkin laluannya sama. tidak secara terus, tetapi secara halus. sedarlah wahai sahabat.

di sini saya bukan nak mendabik dada yang saya selalu bersedekah. bukan juga untuk menunjuk-nunjuk.  tapi saya nak kita sama-sama merasa 'kebahagiaan' bersedekah. perasaan damai dik melihat orang yang menerima tersenyum. perasaan syahdu akan berputik bila mereka melafaskan 'terima kasih'. perasaan syukur akan mekar bila melihat betapa mereka lebih memerlukan. perasaan yang tidak dapat didambarkan. percayalah. bukankah ketenangan itu satu terapi jiwa?

dulu saya juga sentiasa berkira untuk bersedekah.

RM1 tu lepas nak beli air, buat apa nak sedekah?

sayang la duit pecah, simpan tabung lagi untung!

tak ada RM1 tak cukup sejuta tau! simpan! simpan!

itulah saya suatu masa dulu. kedekut! berkira! sangat sayangkan duit! bagi saya duit perlu disimpan, baru beranak pinak!

sebagai manusia biasa, saya leka dengan hasutan syaitan. hingga terlupa ajaran ibu dan ayah. saya leka seketika.

berapa pun usia kita, kita tak pernah terlewat dari berubah kearah kebaikan. berbuat baiklah walau seminit sebelum ajal menjemput. bukankah itu juga dikira semasa sesi penimbangan diSANA?

sahabat, cukuplah berkira-kira. percayalah yang ALLAH maha pemurah.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas