assalammualaikum..
kemarin, kawan sepejabat saya meninggal. usiannya 35tahun. muda! begitulah ajal, tak kira tua atau muda. bahkan tidak akan terlewat walau sesaat. pemergian dia mengingatkan saya tentang mati. kebetulan @ memang diaturkan oleh ALLAH, tadi semasa datang ke pejabat, radio ikim juga berbicara tentang pergi tak kembali.
ustaz bercerita bagaimana ALLAH memuliakan orang - orang yang beriman. malaikat berbaris dari ubun-ubun hingga ke pintu syurga. dipisahkan roh dan jasad perlahan-lahan. umpama air yang tumpah dari mulut gelas. malaikat akan memeluk roh. digilir - gilir pelukan tersebut.
ya ALLAH, tak mahukah kita menerima pelukan daripada malaikat?
tak sudikah kita menerima pelukan itu
amal saya belum cukup untuk menerima pelukan itu.
doakan saya akan mendapat pelukan malaikat itu.
SAYA INGINKANNYA!
mati itu pasti.
yang hidup akan mati.
penggali kubur pun akan mati!
mati tak kenal siapa.
saya pernah mendengar ustaz berkata:
' siapa yang umurnya 50tahun dan dia beriman, maka seluruh alam akan berdoa kepadanya'
ya ALLAH.. SAYA MAHUKANNYA!
doakan kejayaan saya untuk mendapat semua itu.
dan semoga kita semua memperolehinnya.
sama-samlah kita berdoa.
:)
No comments:
Post a Comment