Tuesday, August 28, 2012

Eyriqazz vs Denaihati | Eyriqazz & Denaihati

Assalamua'laikum.

Eyriqazz vs Denaihati. Eyriqazz & Denaihati.
Ayat hampir sama tetapi ada bezanya. Dua blogger yang boleh kita takrifkan sebagai duta dalam arena blogging Malaysia. Eyriqazz vs Denaihati. Simbol yang saya gunakan ada dua iaitu "vs" dan "&". Simbol "vs". Inilah simbol yang digunakan dalam kontest SEO kali ni. Apa ada pada simbol? Atau ia sekadar simbol semata?


Simbol "vs" dalam kata kunci Eyriqazz vs Denaihati

Simbol "vs" biasanya kita kaitkan dengan satu persaingan atau pertandingan. Apakah mereka sedang bersaing sesama mereka? Walaupun saya bukanlah blogger yang rapat mahupun dekat dengan kedua-dua blogger ini, namun hasil daripada pembacaan dan pemerhatian saya yang tak seberapa ini, mereka tak pernah bersaing secara tak elok sesama sendiri. Jauh sekali untuk berlawan mahupun bergaduh.

Jadi, apa yang ada dalam simbol Eyriqazz vs Denaihati? Apa yang saya dapat fahami ialah;
  1. Mereka berlawan dengan diri sendiri. Pasti untuk menjadi nama sebesar dan segah Eyriqazz dan Denaihati, perkara pertama yang mereka perlu "vs" ialah diri sendiri. Saya yakin 1000%, mereka banyak berkorban, memberi dan menerima dalam banyak perkara untuk sampai ke tahap sekarang. Sangat sesuai sekali dengan tagline Denaihati, "Hidup Untuk Memberi" dan juga kata-kata Eyriqazz "Blogging sebagai satu hobi yang menyeronokkan".
  2. Rasanya, itulah yang Saudara Eyriqazz cuba selitkan untuk semua pejuang yang sukakan cabaran. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati adalah satu persaingan. Kenalah dengan nota nombor 1 di atas. Berlawan dengan diri sendiri dulu! Kalau kita belum cuba untuk bermain dengan SEO, mana mungkin kita kenal 'siapa' SEO. Bagaimana nak menawan 'hati' SEO. Jadi, kena pecahkan benteng 'ketakutan' dan 'kemalasan' yang ada dalam diri untuk menawan SEO. Inilah rasanya intipati utama untuk kontest "Eyriqazz vs Denaihati". 'Kalahkan' Diri Sendiri untuk Berjaya! 
  3.  Simbol versus dalam cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati juga lebih kepada satu teknik pemasaran blog. Kalau kita mahukan yang terbaik, kita perlulah bandingkan blog kita dengan blog yang lebih baik berbanding blog kita sendiri. Dalam hal ini, saudara Eyriqazz meletakkan saudara Denaihati sebagai batu asas untuk menilai kelebihan dan kekurangan blognya sendiri. Apakah kita juga seberani saudara eyriqazz? Pasti kata kunci untuk nama domain eyriqazz akan melonjak dek penangan cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini. Baguskan teknik pemasaran cara ini?
Itu antara 3 perkara yang dapat saya amati dalam masa singkat ini. Saya bukanlah seorang blogger tegar sebagaimana Eyriqazz dan Denaihati, tapi mereka berdua memang menjadi idola saya dalam arena blogging ini.

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati akan tamat lagi beberapa hari. Kali ini, saya memang tidak sempat untuk memasuki cabaran ini. Kenapa saya menulis entri ini di blog ini untuk sebuah cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati yang sebesar ini? Biarlah saya yang simpan sebabnya sendiri.

Sama-sama kita nantikan siapakah pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Apa yang seronoknya, pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati "dipaksa" untuk membocorkan rahsia cara kemenangan mereka nanti. Kalau enggan, hadiah hanya akan diberi separuh sahaja!

Saudara Eyriqazz memang benar-benar nekad untuk berkongsi ilmu SEO. Tahniah kepada saudara Eyriqazz atas cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini. Memang cukup mengujakan!

     

    No comments:

    Post a Comment

    Gambar Belangkas