Kebanyakan malam yang lain, jika kami tidak ke surau-surau atau mesjid yang lain, kami akan berbuka puasa, bersolat maghrib berjemaah di Surau At-Taqwa yang berdekatan dengan rumah kami.
Alhamdulillah, selepas 20 hari berpuasa, kita akan kenali jemaah yang yang selalu berkunjung dan berbuka di surau yang sama...selain mematuhi syariat agama yang diwajibkan ke atas kita orang Islam, iaitu berpuasa sebulan Ramadhan, amalan berbuka bersama-sama ini juga mengeratkan ukhuwwah sesama ahli kariah surau...walaupun antara kami tiada talian saudara, tetapi terasa rapat dan bagaikan adik-beradik.
Berbuka dengan tamar, mee goreng dan kuih-muih (ini selalunya di bawa oleh akhawat)
Ada budak kecik yang nak interframe,,hehe
Selepas solat Maghrib berjemaah , barulah kami makan makanan berat sikit ..selalunya nasi putih dan lauk-pauk...ada sekali-sekala nasi beriani dan nasi Arab ...makan pun ikut sunnah, makan dalam dulang, satu dulang dalam 4-5 orang.
Alhamdulillah...tetapi rasa sedih juga dalam masa seminggu ini sahaja kami akan dapat menikmati suasana begini... bulan Ramadhan sudah semakin hampir ke penghujungnya ...marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan di sepuluh malam terakhir ini...mari kita mmencari Lailatul-Qadr..
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment