ALhamdulillah hampir 90% hari berbuka, kami berbuka samada di surau atau mesjid, kebanyakannya di Surau At-Taqwa di kawasan kejiranan. Sekali berbuka di Mesjid Sultan Mizan Zainal Abidin@ Mesjid Besi, beberapa kali di Surau Mawaddah dan Surau Ar-Raiyan dan Mesjid Negeri Shah Alam. Sahur selalunya di rumah, kecuali jika kami pergi Qiamulaill di Mesjid Negeri, maka kami akan terus bersahur di sana sehinggalah Solat Subuh..
Satu perkara yang saya perhatikan sifat orang-orang Malaysia (tak kiralah bangsa apa) - di sini ORANG ISLAM ...semasa beratur hendak mengambil makanan ...tidak kira tua atau muda ...walaupun dikatakan malaysia sudah maju, tetapi mentaliti penduduknya masih lagi jauh ketinggalan .(nota: jarang berlaku di surau-surau kerana tidak ramai, tetapi di mesjid yang ramai orang)
Tidak lah semua, hanya segelintir sahaja, tetapi yang segelintir itulah yang kita nampak, kerana ianya berlaku ke atas diri saya sendiri ..namun saya tidak faham kenapa mereka perlu berebut2 atau memotong barisan sedangkan makanan masih banyak tersedia..??
Walaubgmnpun .di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya tidak mahu merosakkannya dgn perkara ini.., sudah lama saya maafkan mereka yang memotong barisan itu ...
No comments:
Post a Comment