Wednesday, June 16, 2010
Umur tua lapan kali lebih cepat
LONDON: Walaupun secara zahir, dia kelihatan amat tua, jiwa Ashanti Elliott-Smith kekal seperti usia sebenarnya yang baru tujuh tahun.
Itulah masalah dihadapi Ashanti yang mengalami penyakit sindrom Hutchinson Gilford Progeria menyebabkan dia tua lapan kali lebih cepat berbanding sepatutnya.
Masalah itu menjadikan Ashanti berusia 80 tahun pada 2012. Hayat penghidap penyakit itu juga diramal berakhir ketika mencecah usia 13 tahun. Ketika ini, jika dia bermain dengan rakan sekelas atau mendengar muzik kegemarannya, Ashanti terpaksa menghadapi pelbagai masalah orang tua, seperti artritis dan lemah jantung.
Namun, bagi ibunya, Phobe, 24, dia melayan Ashanti sama seperti kanak-kanak lain dan memastikan anaknya gembira seperti sepatutnya.
Selain Ashanti, Phobe turut membesarkan seorang lagi anaknya yang berusia empat tahun.
Kata Phobe, Ashanti adalah budak yang ceria dan mudah dilayan.
“Saya berbangga dengan Ashanti kerana tidak menjadikan penyakitnya sebagai halangan,” katanya. Penyakit itu menjadikan Ashanti botak, manakala tangannya lemah untuk memegang sesuatu.
Ketinggiannya kini hanya kira-kira satu meter, dengan berat 12.7 kilogram - keadaan biasanya dialami budak berusia tiga tahun. Apabila dia lahir pada Mei 2003, beratnya 2.3 kilogram dan kelihatan seperti bayi normal. Petanda awal Ashanti bermasalah dikesan Phobe apabila seluruh badannya menggigil. - Agensi
Sumber Artikel: Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment