Wednesday, June 2, 2010

Kematian Rachel Corrie dan Kapal MV Rachel Corrie




Sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland pada 30 Mac 2010 dengan harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement) digunakan dalam pelayaran sukarelawan ke Gaza.

Kapal berusia 42 tahun itu terbiar di pelabuhan Dundalk, Ireland selama sembilan bulan sebelum Gerakan Membebaskan Gaza atau FGM dengan sumbangan diperoleh PGPO membelinya untuk dimuatkan simen, kertas dan peralatan bantuan dan dihantar kepada penduduk Palestin di Gaza.



Kapal MV Rachel Corrie yang membawa aktivis pro-Palestin dan dinamakan sempena nama wanita Amerika Syarikat yang terbunuh di Gaza pada 2003.

Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).Beliau telah dibunuh dengan kejam dengan jentolak oleh Zionis ketika menghalang dari tindakan puak yahudi merobohkan kediaman penduduk palestin yang bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Sebelum di langgar jentolak


Selepas dilanggar









Beliau telah mengambil cuti selama setahun dari pengajiannya semata-mata untuk menyertai intifada ke 2 di Palestin. Kematiannya adalah akibat dari tekanan yang sangat kuat ke atas dadanya yang menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru-paru kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Dalam kenangan..

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas