Thursday, June 24, 2010
Kecoh telur rebus tanpa telur kuning
KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda terkejut apabila telur ayam rebus yang dipotongnya tidak mempunyai telur kuning ketika membantu ibunya berniaga di Pasar Bukit Besar, di sini, semalam.
Keadaan menjadi kecoh seketika selepas kejadian pelik berkenaan diketahui peniaga pasar serta pelanggan gerai ibunya yang mengerumuninya untuk melihat telur berkenaan selain keletah beberapa individu yang menawar untuk membeli telur pelik itu.
Pemuda berkenaan, Muhammad Nor Firuddin Baharom, 21, berkata dia tercengang seketika apabila melihat telur rebus dibelah dua itu tidak mempunyai telur kuning sebelum kejadian pelik berkenaan disedari peniaga dan pelanggan gerai.
“Paling mengejutkan apabila segelintir pihak yang mengetahui mengenai kejadian itu tidak segan silu tawar menawar membeli telur berkenaan sehingga ada menawarkan RM500 untuk membelinya.
“Apabila ditanya faktor yang mendorong mereka menawarkan harga tinggi untuk telur berkenaan, mereka hanya memberi alasan ia boleh dijadikan ubat tanpa memberitahu jenis penyakit boleh dirawat menggunakannya.
“Memang pelik dan jarang berlaku telur ayam tanpa telur kuning, bagaimanapun saya menolak semua tawaran berkenaan kerana ingin menyimpannya sendiri tetapi tidak mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan telur rebus itu tidak busuk serta tahan lama selain meletakkannya dalam peti sejuk,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Muhammad Nor berkata, sepanjang membantu ibunya membungkus nasi lemak di warung milik mereka, dia tidak pernah menemui telur ayam tanpa telur kuning.
Justeru, kejadian itu sedikit banyak mengejutkannya dan ahli keluarga selain berpendapat telur berkenaan pasti diminati pengamal perubatan tradisional di negeri ini.
“Mungkin telur pelik itu bernilai bagi sesetengah pihak dan ia mungkin memiliki 1,001 khasiat yang tersendiri. Saya berasa bertuah kerana menemuinya dan akan terus menyimpannya untuk tatapan orang ramai,” katanya.
Sumber: H.Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment