Wednesday, April 23, 2014

Pengkalan Hulu - Bandar Pelancongan Sempadan



Macam yang semua tau...
baru-baru ni awok berkesempatan menyertai program Lawatan FAM Trip Pengkalan Hulu ; The Undiscovered Trail 2014 ....
dan sebabkan udah lebih seminggu....
awok cadang nak buat penutup atas lawatan tempohari...

Kalo sebelum ni...
jika disebut Pengkalan Hulu....
awok akan terbayang jauhnya nak kesana dari Ipoh (2 jam setengah - 3 jam)....
dan bandar transit sebelum nak ke Baling atopon nak ke Betong, Thailand....
tapi selepas je awok mengikut lawatan ke sana baru2 ni...
pandangan awok terhadap Bandar Pengkalan Hulu berubah 360° ....

Macam yang kome tahu...
Pengkalan Hulu ni terletak dalam daerah Hulu Perak...
daerah yang agak jauh....
dan tak hairan jugak le bila kod telefon disni menggunakan kod 04 dan bukannya 05 sebagaimana biasa untuk Negeri Perak.....
bagaimana nak kesana rasanya awok tak perlu bagitau kot?...
ramai yang dah tau kan?!

dan di Hulu Perak ni...
ada 2 tempat yang popular dimata antarabangsa ketika ini...
1. Lembah Lenggong - Tapak Warisan Dunia UNESCO

2. Taman Negeri Royal Belum
dan Pengkalan Hulu seperti terpinggir...
apapun awok tabik pada Majlis Daerah Pengkalan Hulu...
terutamanya YDP nya Encik Shukri b. Azari...
yang tak penat dan tak pernah lelah berusaha 'memperkenalkan' Pengkalan Hulu kepada semua...

dan jangan kome tak percaya...
Bandar kecil seperti Pengkalan Hulu ni...
ada sebuat pusat Bowling, Kelab Golf, KFC dan juga stadium mini.....
hebat juga Bandar kecik ni!...

tapi apa yang menarik minat awok kepada Pengkalan Hulu...
ialah macam mana tenangnya hidup di Pekan/Bandar kecik...
yang kita tak perlu terkejo2 nak kesana-kesini.....
kalau tempat kita tinggal masih lagi macam tu...

dan Pengkalan Hulu juga dikelilingi dengan pemandangan hutan yang menarik pada awok...
sebagai seorang pencinta aktiviti hutan/lasak ....
awok rasa Pengkalan Hulu menawarkan produk yang baik kepada kita semua.....
baik dari segi alam semulajadi, tradisi, tinggalan sejarahnya......
Pengkalan Hulu bukan lagi Bandar yang boleh dianggap sebagai Bandar Transit ke Baling ato ke Pekan Betong....
tapi Pengkalan Hulu kini boleh gah disebut sebagai
Pengkalan Hulu : Bandar Pelancongan Sempadan.

Antara Produk pelancongan yang ada di Pengkalan Hulu




Gua Khalid

Gambo kredit : Ipoh Echo


















Tasek Takong
Gambo Kredit : Ipoh Echo

















Kolam Air Panas / Chalet Air Panas
Gambo Kredit ; Ipoh Echo

















Kelab Golf Pengkalan Hulu

Gambo Kredit : Ipoh Echo


















Rahman Hydrauclic Tin Sdn Bhd


Kompleks Bebas Cukai di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu


 Pesta Songkhran di Kg Tasek, Pengkalan Hulu

Batu Sempadan Malaysia-Thailand





Dan kalo kome berminat nak  menjelajah Pengkalan Hulu....
kome jangan segan silu untuk menghubungi Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan bercakap dengan Pegawai di Unit Pelancongan deme....
Encik Haniff Faiz Misnan (017-846 5346)




No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas