Thursday, April 17, 2014

DVD pertama PAGparanormal Menemui Jalan Buntu..

Soseh-soseh angin bertiup sepoi-sepoi mendengar khabar berita yang mengatakan penlancaran DVD pertama PAGparanormal di Singapura `mungkin` menemui jalan buntu ataupun kegagalan.Dikatakan pihak `distributor` disana mengalami rombakan ahli lembaga syarikat di kala pemprosesan DVD PAGparanormal sedang di lakukan.Namun bagi pihak PAGparanormal Malaysia menganggap ia sebagai dugaan dan cabaran di dalam bidang pembikinan filem dan dokumentarinya sendiri.

Leader dan juga founder PAGparanormal Malaysia - Az PAG ada menyatakan `situasi` ini kepada semua krew pada mesyuarat yang lalu.Perkara ini tidak dapat di elak kan kerana berlakunya rombakan ahli lembaga syarikat di dalam syarikat yang terlibat untuk menerbitkan dokumentari PAGparanormal di Singapura.Pihak 3AJ Studios & Entertainment yang bertanggungjawab membekal beberapa video khas kepada syarikat itu juga turut terkejut dengan khabar angin ini dan masih menunggu surat rasmi dari pihak distributor.Jika ianya benar berlaku,pihak PAG dan 3AJ Studios menganggap ianya bukan rezeki dan banyak lagi yang perlu di pelajari selok belok didalam dunia perfileman paranormal ini.

Dalam pada itu pihak 3AJ Studios & Entertainment dan PAGparanormal Film & Documentary bercadang untuk membuat satu filem pendek khas buat peminat-peminat filem bergenre dokumentari paranormal.Jika tiada aral melintang filem pendek ini akan di muat turun kedalam channel youtube PAGparanormal.Sekian Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas