Malam ni kita tgk anak bulan...jom. Bulan Islam samada 29 atau 30 hari, xdak sampai 31 hari macam bulan omputeh...Saamada esok atau lusa raya la.....Kalu nampak anak bulan, maknenye dah masuk bulan syawal le dih...kalu idok pose lagi ler kamu esok, luso baru ghayer yer...
|
anak bulan syawal... |
Bila dah nampak anak bulan, takbir raya la kita malam tu. Teraweh xder dah......
|
teropong anak bulan |
Anak bulan ni bukan nyer buleh nampak gitu jer. Kena guna teropong ajaib gak....Selain teropong anak bulan utk tentukan bila raya atau posa. Kaedah rukyah dan hisab juga digunakan.
Lokasi tegok anak bulan:
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. – BERNAMA
Pengumuman posa dan raya oleh Penyimpan Mohor
|
dulu dulu...meninggal 11/12/12 |
|
sekarang Datuk Syed Danial Syed Ahmad |
No comments:
Post a Comment