NEW YORK 23 Ogos - Rafael Nadal berpotensi berdepan Roger Federer seawal suku akhir sementara pilihan pertama, Novak Djokovic diramal bertemu penyandang juara Andy Murray pada separuh akhir selepas undian tenis Terbuka Amerika Syarikat dibuat semalam.
Antara pemenang Nadal dan Federer, salah seorangnya diramal menentang pemenang antara pilihan keempat dari Sepanyol, David Ferrer atau pilihan kelapan dari Perancis, Richard Gasquet dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Saingan wanita pula menyaksikan pilihan utama Serena Williams dalam laluan menentang pilihan kelapan, Angelique Kerber pada suku akhir dan pemenangnya akan menentang sama ada pilihan ketiga dari Poland, Agnieszka Radwanska atau pemain China, Li Na di separuh akhir.
Sementara itu, pemain pilihan kedua, Victoria Azarenka dari Belarus dan pemain Republik Czech, Petra Kvitova diundi dalam satu kumpulan dan dijangka bertemu di suku akhir. - Agensi
Sumber: Utusan
No comments:
Post a Comment