Monday, August 26, 2013

Jose Mourinho mula tunjuk kehebatan membimbing Chelsea



LONDON - Jose Mourinho mempamerkan sentuhan magisnya di Chelsea apabila memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Hull City di Stamford Bridge, semalam.

Pemain Brazil, Oscar meletakan Chelsea mendahului pada minit ke-13 apabila rembatan rendah pemain itu menewaskan penjaga gol Hull, Allan McGregor.

Frank Lampard, yang gagal menyempurnakan penalti pada minit keenam, menebus kesilapannya itu dengan menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi sepakan bebas pada minit ke-25.

Sementara itu, penyerang Sepanyol, Roberto Soldado menyempurnakan penalti pada babak kedua dalam kemunculan sulungnya bersama Tottenham untuk pasukannya menang 1-0 ke atas Crystal Palace.

Tottenham diberikan penalti pada minit ke-50 setelah pertahanan Palace, Dean Moxey menampan bola dengan tangan hantaran silang Aaron Lennon.

Palace, yang dibimbing Holloway beraksi buat kali pertama dalam Liga Perdana sejak 2005 dan mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-89 apabila Kagisho Dikgachoi melakukan percubaan namun dinafikan penjaga gol Hugo Lloris.

Sementara itu, dalam perlawanan awal pagi semalam, David Moyes 'lulus cemerlang' ujian pertama sebagai pengendali baharu Manchester United apabila menang 4-1 ke atas Swansea.

Robin Van Persie dan Danny Welbeck masing-masing menjaringkan dua gol sementara tuan rumah hanya mampu membalas menerusi jaringan tunggal Wilfried Bony pada minit ke-82.

Moyes menyifatkan kemenangan itu menyempurnakan impiannya untuk memulakan musim baru di Old Trafford. - AGENSI

Sumber: Utusan

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas