PETALING JAYA: Pelakon Natasha Hudson mengakui tumpuannya kini adalah kepada keluarga dan perniagaan pakaian wanita Muslimah dan kanak-kanak yang dimilikinya iaituDreamclouds, ditubuhkan sejak setahun lalu.
Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson 31, berkata, kesibukannya menguruskan perniagaan tersebut telah menyebabkan aktiviti seninya terhad dan hanya menerima tawaran lakonan jika jadual kerjanya tidak bertembung.
"Perniagaan jenama pakaian saya baru sahaja bertapak dan perhatian lebih perlu diberikan bagi memastikan ia dapat berkembang baik tambahan pula saya bekerja dari rumah. Jadi, masa yang lebih berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak dan suami.
"Oleh sebab itu saya kini lebih selektif dengan tawaran berlakon kerana keutamaan saya adalah kepada keluarga dan perniagaan," jelasnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Natasha, selain lakonan, dia kini lebih berminat kepada bidang seperti pengacaraan, modeling, kerja-kerja amal dan menulis blog.
Dalam pada itu, bercakap mengenai Dreamclouds, Natasha berkata, dia telah lama mengimpikan untuk mempunyai rangkaian pakaian jenamanya sendiri selain meminati dunia fesyen.
Sumber: mstar Online
No comments:
Post a Comment