HAMPIR lapan bulan selepas dilancarkan di Malaysia, penulis akhirnya berpeluang memandu uji Hyundai Veloster yang menjad idaman golongan muda untuk memilikinya.
Gaya sporty kompak yang kelihatan mewah namun santai menjadi Veloster antara varian yang diidamkan, bukan sahaja kerana rekabentuk yang dinamik, tetapi kelasakan dalam setiap sudut yang dipamerkan.
Bagi penulis, keselesan lebih terasa apabila memandu Veloster ini dengan jarak perjalanan jauh yang turut membuktikan penjimatan minyak yang maksimum.
Perjalananan ke Kota Bharu hampir dengan jarak lebih kurang 400 kilometer hanya mengambil masa kurang daripada lima jam pemanduan dan selesa, ditambah pula dengan kelengkapan canggih di dalam varian ini.
Kebolehpercayaan yang tinggi disokong oleh jaminan selama 5-tahun / 300,000-km Veloster ditawarkan dengan transmisi enam kelajuan manual dan automatik.
Transmisi automatik enam kelajuan merupakan yang pertama di dunia direka untuk aplikasi enjin kereta penumpang bersaiz sederhana yang kecil.
Transmisi baharu ini terdiri daripada tiga gear planet, dua klac dan tiga brek untuk menjadikannya lebih kecil, lebih kompak dan lebih ringan berbanding transmisi auto yang terdapat di pasaran hari ini.
Ia mempunyai kawalan tekanan saluran boleh ubah yang peka kepada keadaan pemanduan untuk mengurangkan kehausan dan kejutan pertukaran dan pada masa yang sama menyumbang kepada ekonomi minyak yang lebih menjimatkan.
Ia turut diprogramkan untuk berubah kepada nisbah yang paling tinggi supaya pusingan enjin rendah bagi meningkatkan kecekapan minyak dan mengurangkan bunyi enjin.
Hyundai adalah antara tiga pengeluar kereta global yang mereka bentuk dan menghasilkan transmisi automatik enam kelajuan yang unik dengan sendiri.
Dalam pada itu, keselesaan rekaan kerusi turut membantu penulis berasa lebih selesa memandangkan perjalanan tanpa henti itu.
Kerusi jahitan kulit dengan kontur yang dalam dengan lapisan pintu dengan warna yang sepadan.
Sementara itu, Veloster dilengkapi dengan suspensi topang hadapan McPherson, pegas gegelung, penyerap hentakan gas dan penstabil hadapan 24 mm diameter.
Suspensi belakang terdiri daripada coupled torsion beam axle( (CTBA) alur V yang ringan, sistem yang pertama bagi Hyundai dengan bar penstabil berintegrasi untuk membolehkan dakapan lengan supaya lebih keras dan mengawal golekan tubuh.
Suspensi belakang turut menggunakan penyerap hentakan mono tiub untuk keselesaan dan pemanduan yang lebih selesa.
Sistem MDPS yang dipasang pada Veloster menjimatkan tenaga enjin dan tidak memerlukan penyelenggaraan di mana cecair stereng kuasa tidak perlu diisi semula.
Veloster turut dilengkapi dengan pengesan undur dan paparan bantuan meletak kereta bagi membantu ketika mengundurkan kereta di tempat letak kereta.
Peralatan yang dipasang membolehkan penulis melihat keadaan dengan jelas di belakang kereta.
Teknologi Keselamatan
Veloster memiliki ciri keselamatan standard tahap tinggi untuk segmen kereta sport. Ia dilengkapi dengan sistem Vehicle Stability Management (VSM) (hanya untuk Varian 1.6 AT dan Premium sahaja) yang menguruskan ESC (Electronic Stability Control) dan MDPS secara optimum.
VSM berfungsi mengawal dua kesan. Pertama ialah apabila penulis memecut atau membrek pada permukaan yang berbeza (licin pada satu bahagian dan kering di bahagian yang lain) dan kenderaan akan cuba bergerak ke satu arah.
Veloster turut dibekalkan dengan pakej sistem brek yang termaju.
Ini termasuklah brek cakera empat roda dan Anti-Lock Braking System (ABS) termasuk Brake Assist, yang memberikan kuasa membrek maksimum apabila pemberhentian secara panik dikesan di mana sistem Electronic Brake-force Distribution (EBD) secara automatik melaraskan kuasa membrek kepada gandar depan dan belakang berdasarkan muatan kenderaan.
Kedua-dua varian transmisi auto dilengkapi dengan Hillstart Assist Control (HAC) untuk kawalan kereta yang lebih baik dan seterusnya tahap keselamatan yang lebih tinggi.
Harga
Harga Veloster yang dipandu uji ini (Gamma 1.6 D-CVVT A/T Premium ini bernilai RM132,901.50 (Harga Atas Jalan).
HSDM menawarkan jaminan lanjutan 5-tahun atau 300,000km (yang mana dahulu) bagi semua kenderaan penumpang yang baharu. Jaminan lanjutan Hyundai adalah mengikut jaminan pembuatannya. Perkhidmatan bantuan 24 jam di jalan raya kini disediakan untuk semua kenderaan Hyundai yang baharu dan sedia ada.
Sumber: mstar Online
No comments:
Post a Comment