Saturday, September 5, 2015

INFO!!! 5 JENIS Tetamu Yang Perlu Anda Elak Ke Majlis PERKAHWINAN Anda.


Tips Perkahwinan : 5 Tetamu yang Perlu Anda Elak Jemput Ke Majlis


GAMBAR HIASAN







Elakkan menjemput orang yang tak diingini di majlis perkahwinan anda, silap hari bulan tak jadi kahwin anda dek kerana masalah yang ditimbulkan tetamu salah.







Oh kad kahwin dan nak siap. Alhamdulillah dengan izin Dia, segala majlis risik dan tunang telah dilangsungkan. Kini tinggal majlis perkahwinan. Sebelum siap kad kahwin untuk diedarkan kepada tetamu, haruslah anda senaraikan mereka yang tidak patut atau yang anda harus elakkan berada dalam senarai jemputan di hari bahagia anda. Siapa? Jeng jeng jeng.

Meramaikan tetamu adalah digalakkan tetapi, jikalau tersalah jemput jemputan tertentu. Boleh jadi haru tau! Jadi ini adalah lima senarai siapa yang perlu anda elakkan untuk jemput menghadiri hari bahagia anda.

1) Ex Anda

Tak kisah lah ex boyfriend ke ex girlfriend ke ex tunang ke, cuba untuk elakan tau! Bukan apa, bimbang kalau ada yang masih menaruh hati pada anda atau pasangan? Paling rungsing kalau mereka membawa niat jahat. Sebaiknya, cuba elakkan.

2) Mereka (kawan) yang pernah date dengan pasangan anda

Meskipun nampak sama dengan perkataan 'ex' cuma ini lebih tekankan pada kawan. Kawan anda yang pernah suatu ketika dahulu date atau ada hati/crush pada pasangan anda. Kawan tu kawan juga, tapi ingat. Kisah lama jangan diulang kembali tau! Mungkin anda boleh mohon maaf nanti kerana 'terlupa' menjemput apabila ditanya kelak.

3) Tempat Majlis

Harus anda peka dengan jemputan para tetamu dengan tempat yang menjadi pilihan hari persandingan anda. Sebagai contoh jika anda adakan di tempat-tempat mewah haruslah diingat kepada para tetamu untuk tidak membawa anak kecik atau kanak-kanak bersama. Khuatir akan menganggu perjalanan majlis

4) Kenalan Social Media

Semua di kalangan kita mempunyai account social media tersendiri, memang tidak dapat dinafikan melalui itu kenalan pun bertambah jadi beribu-ribu. Jika majlis anda diadakan tertutup, haruslah diingatkan untuk anda tidak menjemput kenalan anda yang ramai di social media. Apakata anda senaikan siapa yang anda ingin jemput sahaja daripada anda menjemput semua! Betul kan? Tapi jika majlis itu memang terbuka untuk semua, boleh sahaja.

5) Orang Asing (strangers)

Ini paling penting. Memang meramaikan tetamu di hari bahagia anda digalakkan. Cuma, cuba anda bayangkan yang hadir rata-rata mereka yang anda tidak kenal. Jangan kata nama, bahkan muka pun tak pernah tengok. Niat untuk menjamu tetamu adalah mulia, tapi jika mereka hadir dengan niat yang buruk? Semoga dijauhkan. Amin

Ini antara lima senarai mereka yang harus anda elakkan untuk menjemput di hari bahagia anda. Kad kahwin dah siap? Apa lagi? Edarkah lah pada tetamu jemputan!

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas