Hal dunia
Hal dunia
Wednesday, September 2, 2015
Pendatang asing
Pendatang asing sanggup sembunyi dalam bonet kereta
03 September 2015 12:33 AM
Pencari suaka dari Guinea sanggup bersembunyi di dalam bonet yang telah diubah suai, dalam satu kejadian di Cueta, Sepanyol, baru-baru ini. AGENSI
MADRID 2 Sept. - Seorang pendatang asing bernasib baik kerana masih hidup selepas dijumpai bersembunyi di ruang bonet enjin sebuah kereta ketika dia cuba menyusup masuk ke Sepanyol, baru-baru ini.
Pencari suaka dipercayai dari Guinea, Afrika Barat itu ditemukan polis sempadan Sepanyol dalam kedudukan seperti bayi semasa menyorok di ruang sempit tersebut, yang telah diubah suai antara radiator dan blok enjin, di bandar Cueta.
Polis sempadan bertindak menahan kereta dari Maghribi itu selepas mendapati pemandunya kelihatan resah ketika melalui pemeriksaan.
Pendatang asing itu kemudiannya dibawa ke hospital selepas mengalami kesan sampingan haba dan gas beracun, malah doktor menyifatkan dia boleh terkorban jika berada di ruangan tersebut terlalu lama.
Seorang lagi pendatang, juga dari Guinea ditemukan bersembunyi di dalam ruangan kecil di bahagian tempat duduk belakang kereta itu.
Dia turut dibawa ke hospital kerana mengalami kekejangan dan kurang air, lapor Daily Telegraph.
Perjalanan bahaya yang perlu ditempuh pendatang asing menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kehidupan baharu yang lebih baik di negara-negara Eropah ketika krisis pendatang di rantau berkenaan semakin sukar dikawal.
Awal bulan ini, seorang pendatang maut selepas bersembunyi dalam sebuah bagasi bagi tempoh sekurang-kurangnya lima jam ketika menaiki pesawat yang turun di Sepanyol.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadai-nyawa-1.131108#sthash.q121KmXn.dpuf
Newer Post
Older Post
Home
Gambar Belangkas
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
Bila Awek Melayu Bangga Berselfie Dengan Kekasih.....
GEMPAR!!! RAMAI LELAKI SEKARANG MENJADI KHUNSA AKIBAT.....
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...