Hal dunia
Hal dunia
Wednesday, September 2, 2015
Bayi mati pada hari pertama di pusat jagaan
03 September 2015 12:40 AM
TASKA di Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam, tempat di mana seorang bayi berusia tiga bulan ditemui pengsan dan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, kelmarin.
SHAH ALAM 2 Sept. – Sepasang suami isteri tidak menyangka hari pertama anak bongsu mereka di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bertukar tragedi apabila bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia di situ.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam apabila penjaga pusat tersebut yang terletak di Alam Impian, Seksyen 35 di sini mendapati bayi terbabit secara tiba-tiba pengsan.
Dia kemudiannya membawa bayi tersebut ke sebuah klinik berhampiran yang mana doktor melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR).
Melihatkan tiada sebarang perubahan, bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut tetapi disahkan telah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat dalam sidang akhbar di pejabatnya mengesahkan kejadian.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah berlaku termasuk kecuaian atau penderaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan analisis kimia jika terdapat unsur-unsur lain,” katanya di sini hari ini.
Beliau memberitahu, keterangan daripada pengasuh sudah pun diambil oleh pihaknya.
Jelasnya, bapa mangsa berusia 45 tahun yang bekerja sebagai akauntan membuat laporan polis pada pukul 10.30 malam tadi.
“Dalam laporan itu, dia menyatakan mengetahui mengenai kejadian semasa mahu mengambil mangsa pada pukul 7 malam.
“Dalam laporan itu, dia menyebut yang isterinya berusia 30-an ada datang ke pusat jagaan kanak-kanak terbabit untuk memberi susu,” ujarnya.
Shafien menambah, ibu mangsa sepatutnya mula bekerja hari ini selepas cuti bersalin.
Tambah beliau, mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bayi-mati-pada-hari-8232-pertama-di-pusat-jagaan-1.131121#sthash.dfOzCT5S.dpuf
Newer Post
Older Post
Home
Gambar Belangkas
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
Bila Awek Melayu Bangga Berselfie Dengan Kekasih.....
GEMPAR!!! RAMAI LELAKI SEKARANG MENJADI KHUNSA AKIBAT.....
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...