Wednesday, June 10, 2015

Teori terbaharu misteri MH370


 TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Sejak kehilangan MH370 yang kekal misteri sehingga ke hari ini, pelbagai teori muncul termasuk ada yang mendakwa pesawat itu disembunyikan oleh makhluk asing.

Seorang profesor matematik baru-baru ini mengeluarkan satu teori baharu mengenai kehilangan pesawat MH370 yang hilang Mac tahun lalu.

Menurut pensyarah  Texas A & M University, Dr Chen Goong, berdasarkan model komputer, pesawat tersebut terhempas secara menegak ke dalam Lautan Hindi dan mencecah permukaan air tanpa menyebabkan badan pesawat tersebut berkecai.

Dr Goong berkata, badan pesawat dan sayap tenggelam dengan cepat dan ini menyebabkan hanya sedikit tumpahan minyak berada di permukaan.

Walau bagaimanapun, katanya, pesawat MH370 akan kekal misteri sehinggalah kotak hitam pesawat ditemui.

"Forensik kuat menyokong teori bahawa MH370 terhempas ke lautan dalam keadaan menjunam," katanya dipetik Metro.uk



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas