Tuesday, June 2, 2015

Pekerjaan Syarul Ridzwan Sebelum Jadi Artis


Sebelum ini pelakon Syarul Ridzwan sudah dikenali peminat menerusi drama Love You Mr. Arrogant yang dibintanginya
Sebelum bergelar Pelakon Syarul Ridzwan pernah menjadi model kini beliau mungkin akan lebih dikenali dalam bidang lakonan tanahair selepas membintangi watak utama dalam drama berjudul Hati Perempuan yang bersiaran di slot Akasia TV3

Menerusi drama berjudul Hati Perempuan, Syarul Ridzwan memegang watak utama sebagai Tengku Zaril iaitu seorang jejaka kacak juga CEO Paradigma Holding

Bagaimanapun, ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis lakonan Mia Ahmad. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis

Kepada peminat drama di Slot Akasia yang mula meminati lakonan Syarul Ridzwan berikut disertakan biodata atau profil ringkas tentang beliau


GAMBAR-GAMBAR SYARUL RIDZWAN


Nama penuh: Mohd Saharul Ridzwan Hashim
Nama Popular: Syarul Ridzwan
Tarikh Lahir: 24 Januari 1989
Umur: 26 tahun (2015)
Asal: Kuantan, Pahang
Pencapaian Dalam Industri Seni: Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2012 di belakang Fattah Amin dan Syafiq Kyle
Twitter: https://twitter.com/syarulridzwan
Instagram: https://instagram.com/syarulridzwan
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Syarul-Ridzwan/453366944765246
Kerjaya : Model dan Pelakon
Pendidikan: Diploma in Aircraft Maintenance Technology
Tinggi: 179cm
Berat: 72 Kg
Drama & Telefilem: Hati Perempuan, Kabin Di Tepi Tasik, Laila Majnun, Untuk Bonda, Cinta Mat Semperit, Sirna, Kata Samseng, Titisan Keinsafan, Yibbie, You Mr. Arrogant Raya, Raya, Opps Terlebih Pulak, Klon Ustaz, Hujan Azaril, Cinta, Maskara, Love You Mr. Arrogant, Sweetheart Fantasia, Tanah Kubur, Romi Cinta Julia, Kifarah, Cepat, Fajar Aiman, Berlima Ramadan

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas