Sunday, June 7, 2015

Iman luar biasa

SIAPAKAH ORANG YANG PALING LUARBIASA IMANNYA



..............



Pada suatu ketika, Rasulullah saw bertanya

kepada para sahabat,



"siapakah yg paling luar biasa imannya?"



Para sahabat menjawab, "malaikat, ya Rasulullah."



Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa

imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."



Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi, ya Rasulullah."



Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat

imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada

Allah."



Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang

paling beriman."



Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."



Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah

dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."



Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka

adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman

denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi

beriman denganku."



Rasulullah diam seketika. Kemudian, baginda menyambung

dengan suara yang lirih, "sesungguhnya, aku rindukan mereka…



ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ



Hantar atau share ke Facebook,twitter,wassap atau ke semua group contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...



Lagi di miskani.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas