BEIJING, 11 Jun: Bekas Ketua Keselamatan China, Zhou Yongkang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan membocor rahsia negara.
Zhou adalah bekas pegawai kerajaan berpangkat paling tinggi yang disiasat untuk kes rasuah dalam tempoh beberapa dekad ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Zhou mengaku bersalah dalam satu perbicaraan tertutup di Bandar Tianjin, utara China.
Zhou adalah bekas anggota badan pembuat keputusan tertinggi di China, Jawatankuasa Tetap Politburo untuk Parti Komunis dan mempunyai pengaruh besar sebagai Ketua Polis Negara dan Mahkamah sehingga persaraannya pada 2012.
Khabar angin yang tersebar selama berbulan-bulan, akhirnya disahkan dengan pengumuman parti itu bahawa Zhou sedang disiasat pada Julai tahun lalu.
Dia kemudiannya dipecat daripada parti pemerintah itu dan ditahan pada Disember 2014, sebelum didakwa dua bulan lalu. - TRPost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment