Wednesday, May 2, 2012

Bukti Kerajaan Malaysia Mempunyai Hubungan Dengan Israel

Di depan rakyat kerajaan Malaysia dibawah UMNO, seolah-olah negara ini anti-Israel, tiada hubungan dengan Israel, malah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Tetapi sebaliknya..

Malaysia Rakan Dagang Ke 15 Terbesar Rejim Zionis Israel


Rahsia itu terbongkar apabila sebuah dokumen rasmi di laman sesawang Kesatuan Eropah, EU mendedahkan bahawa pada tahun 2010, Malaysia merupakan antara rakan dagang utama Israel.

Dokumen PDF tersebut menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai The Major Trade Partner 2010 dengan Israel.


Sumber: http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf

Kontena milik syarikat Israel, ZIM bergerak bebas di negara ini.


Kontena ZIM ini dibawa oleh lori menggunakan nombor pendaftaran JHE 3553 membuktikan bahawa ia berada dan bergerak bebas di Malaysia.

Semakan di laman sesawang rasmi Syarikat tersebut menjelaskan bahawa Nama "Zim" ini dicadangkan oleh Menteri Pengangkutan Israel yang pertama, David Remez, berdasarkan petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew "Zim" merujuk kepada "kapal besar."

Laman sesawang rasmi ZIM yang turut memaparkan bendera Israel itu turut menjelaskan bahawa nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat untuk membina sebuah armada dagang yang besar

Kapal Dari Israel di Westport, Pelabuhan Klang



Sumber: http://www.zim.com/content.aspx?id=529&l=4

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas