Ribuan penunjuk perasaan berkumpul walaupun terdapat amaran mereka akan ditahan menerusi skrin digital di pusat beli belah itu. |
Menurut AFP, menerusi laman sosial Facebook pusat beli belah Mall of America itu, kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di dalam bangunan tersebut sambil melaungkan 'Black Lives Matter'.
"Untuk keselamatan pengunjung dan penyewa kedai, pusat ini ditutup buat sementara waktu dan anggota keselamatan kini sedang berusaha menyuraikan penunjuk perasaan," menurut pusat beli belah tersebut dalam satu kenyataan.
Difahamkan, kematian seorang remaja kulit hitam Michael Brown di Ferguson, Missouri Ogos lalu akibat ditembak pegawai polis menimbulkan kemarahan banyak pihak terutamanya orang kulit hitam. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment