Thursday, December 11, 2014

Malaysia kalahkan Vietnam, layak ke final Piala AFF Suzuki

Malaysia layak ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas menang agregat 5-4 ke atas Vietnam selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini.

Skuad Harimau Malaya, yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Ahad lepas, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik.


Malaysia mendahului Vietnam 4-1 pada separuh masa pertama. Gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim (penalti-3'), Norshahrul Idlan Talaha (15'), Dinh Tien Thanh (gol sendiri-28'), Muhammad Shukor Adan (42'). Sementara gol Vietnam dijaringkan oleh Le Cong Vinh (penalti-22', 78').

Barisan pemain Malaysia terdiri daripada Mohd Farizal Marlias, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin (Mohamad Muslim Ahmad), Safiq Rahim, S. Kunalan, Mohd Badhri Mohd Radzi (Baddrol Bakhtiar), Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha. Pemain Vietnam pula adalah Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van Bien, Ngo Hoang Thinh (Le Tan Tai), Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong, Vo Huy Toan (Mac Hong Quan), Nguyen Huy Hung.

Pengadil bagi perlawanan kali ini adalah Toma Masaaki dari Jepun. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas