Pelancong asing mesti mempunyai tiket pulang ke negara asal apabila berkunjung ke negara ini, kata Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Ini bermakna, mereka tidak boleh tinggal lebih dari masa yang ditetapkan dalam usaha kerajaan mengelakkan kes kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada terus berleluasa.
Menurut Sinar Harian, Putrajaya sudah mula mewajibkan perkara itu, kata timbalan menteri dalam negeri itu ketika menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin di Dewan Negara. "Kita juga nasihatkan mereka (pelancong asing) agar mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi menyara diri sepanjang masa berada di negara ini," Wan Junaidi dipetik berkata.
Katanya, kementerian memperkukuhkan lagi kerjasama antara Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memantau persisiran perairan negara.
Usaha risikan, pemantauan dan penguatkuasaan juga sentiasa dimantapkan PDRM, Unit Pencegahan Penyeludupan dan Pasukan Gerakan Am bagi menyekat penyeludupan manusia di sempadan darat negara, katanya menurut laporan itu. Ng dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan langkah yang diambil bagi membanteras kemasukan Pati dan bagi menangani kes penerokaan haram oleh pendatang asing di Cameron Highlands.
Operasi membanteras Pati di Cameron Highlands bermula selepas kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas. Kejadian tersebut dikatakan berpunca akibat penerokaan besar-besaran kawasan hutan secara haram oleh Pati yang menjejaskan ekosistem hingga tercetusnya bencana alam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung bulan lepas mengumumkan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia akan digerakkan ke Cameron Highlands bagi menggempur kegiatan pembukaan tanah secara haram di situ. Media melaporkan sebelum ini, terdapat kira-kira 30,000 warga asing di Cameron Highlands, bagaimanapun angka itu disangkal Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Sakib Kusmi yang menyifatkannya "tidak masuk akal."
Katanya, bilangan pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan setakat ini berjumlah 11,016 orang, termasuk 6,057 warga Bangladesh di pelbagai sektor termasuk pertanian, perladangan dan pembinaan. Wan Junaidi berkata, kerajaan membentuk pasukan penguatkuasa berpusat terdiri dari beberapa agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatan dan Rela. Setakat ini, katanya, 171 operasi dijalankan dan 1,114 warga asing diperiksa.
Dari jumlah itu, seramai 305 Pati dan 23 orang majikan ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen. “Ingin saya tegaskan, isu kemasukan warga asing tidak hanya jadi tanggungjawab satu pihak sahaja, tetapi melibatkan peranan pelbagai agensi dan rakyat keseluruhannya dengan tidak memberikan perlindungan, penyewaan premis, serta harta benda kepada Pati. “Para majikan juga diingat tidak mengaji Pati kerana hal itu hanya akan mengganggu tugas agensi penguatkuasaan dalam mengurangkan Pati di negara ini,” katanya menurut laporan akhbar itu. - TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment