Tuesday, December 30, 2014

95 peratus serpihan mungkin milik pesawat QZ8501




  JAKARTA - Kira-kira 95 peratus serpihan yang ditemui di Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah berkemungkinan milik pesawat QZ 8501, memetik laporan Kompas.com.


Bercakap pada sidang media hari ini, Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS), F Henry Bambang Sulistyo berkata, serpihan tersebut ditemui di permukaan laut berkedalaman 25 hingga 30 meter.

“Saya masih belum lihat lima peratus baki serpihan tersebut jadi saya tidak dapat pastikan lagi,” katanya dalam sidang media tersebut.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, pasukan mencari melaporkan penemuan enam mayat terapung setakat ini.

Lapor pasukan mencari lagi, kesemua mayat terbabit ditemui berhampiran lokasi carian pesawat tersebut. - SH

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas