Semua yang hidup pasti akan pergi jua suatu hari nanti, cuma masanya bila? hanya dalam pengetahuan Allah SWT ...
Petang ini balik dari kerja, mendapat berita bahawa seorang lagi Tokoh Budayawan tanah air, iaitu Syarifah Azah Mohamad Alsagoff @ lebih dikenali sebagai Puan Azah Aziz, isteri kepada Professor DiRaja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz,telah kembali ke Rahmatullah ...Innalillahiwainnaialaihiraajiuun..
(gambar ihsan Google)
Sejak kecil saya sangat mengkagumi beliau, kerana Allahyarhamah seorang yang sangat menitik-beratkan pemakaian pakaian tradisional Baju Kurung, khususnya Baju Kurung Johor, lengkap dengan kancingnya ...dalam apa jua majlis dan keraian, Allahyarhamah pasti mengenakan baju kurung ...sungguh manis dipandang mata.
Sebab kedua kenapa saya mengkagumi beliau adalah kerana kami berkongsi nama yang sama ..."AZAH" .. cuma ejaan berbeza dengan pangkal nama saya didahului dengan "Nur"
Pernah bertanya ibu saya sewaktu saya kecil, mengapa ibu memberi saya nama "Nurazzah"? Ibu menjawab kerana beliau sangat suka melihat Puan Azah Aziz ...
Semoga roh Allahyarhamah sentiasa dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ...Ameen
(berita lanjut: http://www.bharian.com.my/articles/AzahAzizmeninggalduniahariini/Article/)
(berita lanjut: http://www.bharian.com.my/articles/AzahAzizmeninggalduniahariini/Article/)
No comments:
Post a Comment