Sunday, July 22, 2012

Awal Ramadhan

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana sekali lagi memberi kami sekeluarga peluang untuk balik ke kampung dan berbuka puasa bersama-sama ayah bonda tercinta ...
walaupun hanya balik tak sampai sehari, tapi sekurang-kurang terserlah di wajah ayah bonda kegembiraan yang tidak dapat di nyatakan dengan kata-kata ... kesemua adik-beradikku pulang bersama keluarga masing-masing (tak ramai pun adik-beradik, 4 orang sahaja...)
Cuma kali ini tidak semua anak ku ada bersama : Kak Long  Asma' ada program di KL, Ammar menjadi imam solat Terawikh di Surau Al-Islah, Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, dan Mu'adz beriktikaf fi Mesjid Negeri bersama-sama rakan sekelasnya.
Yang penting dapat bersama-sama ayah bonda tercinta... 

Hatiku begitu sayu tatkala melihat ayahku ... matanya sudah tidak berapa nampak sangat ... aku terpaksa datang dekat duduk disebelahnya dan ketika kucium tangan dan pipinya, daku bisikkan, "abah, ini Uda, Uda balik nak buka puasa dengan abah"  terdengar getar dalam suaraku ..hampir tumpah air mata tapi aku berusaha membendungnya ...
Umur abah sudah 88 tahun...jalan terpaksa berpapah dan betongkat kerana kaki/lutut abah sudah tidak kuat dan mata kurang jelas... makan mesti ada seseorang yang menyuapnya, kerana jika abah makan sendiri memang kelihatan seperti anak-anak yang baru belajar makan, berserakan....kasihan abah... 
Alhamdulillah anak saudara ku Faizah, yang baharu sahaja kahwin pada bulan Jun tempohari ada duduk bersama atoknya. Oleh itu, Faizah lah yang rajin menjaga abah...
Terimakasih Faizah..
InsyaAllah, Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kami kesihatan yang baik dan kelapangan masa, agar kami dapat pulang selalu ke kampung untuk menjenguk abah dan mak. 
InsyaAllah..Ameen


No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas