Dunia blogging telah menemukan ku dengan ramai insan-insan istimewa. Penulis-penulis tersohor tanah air, para ilmuan , chef2 terkenal di dunia blogging seperti Che Mat Gebu @ Adnan Ibrahim dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN, Chef Hanieliza dan ramai lagi ...masing-masing dengan keistimewaan tersendiri.
Sudah lama mengenali Kak Liza @ Chef Hanieliza sejak zaman mula berblogging lagi, sebelum beliau mula terkenal dengan buku resepi nya bertajuk "1 hari 1 resepi". Kak Liza sangat baik dan merendah diri, tidak sombong orang nya..tidak lokek berkongsi resepi-resepi nya yang ternyata sedap apabila di buat..Kak Liza selalu membuat entri masakan di blog beliau HANIELIZA'S COOKING. banyak kali terlepas hendak menghadiri demo masakan kak Liza apabila di adakan di Lembah Klang ...kali ini apabila mendapat tahu bahawa Kak Liza menjadi Chef jemputan sempena minggu "Masjid Duniaku" di Masjid Negeri Shah Alam... saya tidak mahu melepaskan peluang ini..
Sempat menjadi pembantu Kak Liza semasa memasak menu kedua, resepi warisan Pangek Daging.
Tiga resepi yag di masak kak Liza, iaitu Nasi Paella, Pangek Daging dan kerabu ikan bilis...
Masa untuk menjamu selera pula .!
Selesai memasak dan menjamu selera, sempat kami mendapatkan satu salinan buku resepi Kak Liza yang famous ini ...(shhhhh...lepas ni kena try 1 resepi setiap hari ..sampai setahun !)
No comments:
Post a Comment