Tengahari menalipon ke bahagian pengajian siswazah, bertanya mengenai surat pengesahan senat yang sepatutnya sudah diterima. Mesyuarat senat bulan Mei 2011 telah mengesahkan saya tamat belajar dan menganugerahkan saya Ijazah Doktor Falsafah Sains. Alahamdulillah petang tadi jam 4ptg saya ke pejabat IPSIS di Intekma Resort...Ya Allah! Syukur syukur syukur Alhamdulillah...!!!
Suatu penantian yang cukup lama ...sehingga kadang kala emosi saya berubah-rubah ....
Alhamdulillah...satu perjalanan yang sungguh panjang dan berliku... boleh dikatakan saya ada lah orang kedua di fakulti ini yang menuntut dalan suatu jangka masa yang lama...boleh di katakan sangattttt lama..... ini adalah sangat berbeza dengan jangkamasa yang saya ambil ketika menuntut sarjanaMuda dan Sarjana digabungkan bersama!!!
Mungkin ada mesej yang Allah hendak sampaikan kepada diri ini... suatu waktu dahulu saya sangat berbangga kerana dapat menghabiskan program sarjanaMuda kurang dari 4 tahun...lebih tepat dalam 3 1/2 tahun sahaja..kemudian menyambung diperingkat sarjana juga dihabiskan dalam masa kurang dari 2 tahun...senang cerita kurang dari 6 tahun saya telah mendapat 2 sijil ...Sarjana Muda dan Sarjana...(tidak termasuk 2 lagi sijil iaitu Sijil Kahwin dan Sijil Beranak!!! hahaha)
Namun itu tidak terjadi ketika saya menyambung pengajian di peringkat Phd.... perancangan awal ...saya katakan kepada diri ini..paling cepat 3 tahun dan paling lambat 4 tahun! itu plan saya...tetapi plan Allah lain pula...memang benar Allah lah sebaik-baik Perancang....kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan..semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz...Sesungguhnya ada hikmah disebalik semua ini...banyak perkara yang berlaku menyedarkan saya..bahawa semua ini adalah milik Allah...semuanya dalam perancangan Allah...
No comments:
Post a Comment