Tuesday, July 12, 2011

KISAH SERAM BANGUNAN BERUSIA LEBIH 100 TAHUN

Selepas mendapat panggilan dari Abang Mazidul Akmal Sidik pada jam 5.35 petang semalam 12.7.2011.. aku pulang kerumah bersiap untuk ke lokasi bangunan yang dikatakan penuh dengan cerita dan kisah mistik... tepat jam 6.15 petang pula aku tiba di satu kawasan semua orang tahu iaitu di KTM kuala lumpur..



Dalam keadaan jalan yang kurang sibuk disitu aku berhenti di satu simpang jalan dan mengabil bebepara keping gambar di kawasan tersebut sementara menunggu panggilan dari abang mazidul akmal sidik untuk mendapat maklumat terkini mengenai bangunan tersebut.



Ketika aku menunggu rakan2 lain tiba di lokasi.. (rahmat dan zaki) hadir seorang pakcik tua menjaga parkir KTM menuju ke arah aku yang kelihatan agak lain macam.. sebelum dia tanya aku.. aku terus bertanyakan soalan kepada pakcik itu... as`kum pakcik... bangunan DOT DOT DOT dimana yer pakcik??

(pakcik): owhhh bangunan tuh kat tuuuuuhh... setau pakcik laaa... kat situ je yang ada..

(aku): owhh terima kasih pakcik..

dengan pantas aku simpan peralatan aku.. dan aku terus bergegas ke lokasi terbabit.. tiba di kawasan tersebut aku termenung seketika... kata abang mazidul ada rumah penjaga bangunan ini kat area situ.. aku tengok pintu masuk pun dah meremang bulu roma aku... ngan bangunan dia yang tak seberapa tinggi dikelilingi bangunan2 baru... betul2 terhimpit.. aku pun dengan selamba bawak motor masuk kawasan pintu kecik disitu.. aku perasan ada rumah di belakang bangunan tersebut... dan tibanya aku di kawasan rumah tu aku terus bagi salam.. pakcik (M) bukan nama sebenar keluar dan aku sampaikan pada dia panggilan abang mazidul untuk meminta kebenaran dan sebagainya...



Jam 7.15 malam.. Rahmat dan Zaki tiba di lokasi dan kami jalan dan pusing mengelilingi bangunan tersebut... memang legend bangunan nih kata Rahmat...




keadaan dan suasana ketika matahari mula terbenam....... (masa ini aku dah rasa lain macam)

setelah rahmat mendapat kebenaran dan kunci bangunan tersebut berada di tangan rahmat.. kami bergegas ke pintu hadapan bangunan tersebut untuk memulakan kajian paranormal dijalankan.. suasana memang sunyi... kami hanya bertiga sahaja berada di lokasi tersebut.. sedang rahmat cuba membuka solex pintu tersebut kami dikejutkan dangan satu situasi yang agak menyeramkan... pintu tersebut disentak dan terbuka dengan sendirinya... seolah-olah mereka didalam menanti ketibaan kami yang hadir untuk membuat kajian.... rahmat yang terkejut terus membuka langkah 1000 berlari ke arah tepi bangunan diikuti aku dan zaki.. larian tanpa menoleh belakang terus menggamatkan suasana lokasi tersebut..


dengan perlahan rahmat cuba membuka pintu tersebut... (sebelum berlaku kejadian aneh tersebut)



kami bagaikan tidak percaya benda tu berlaku di depan mata kami... kami duduk ditepi cuba menteteramkan keadaan... dan rahmat berkata.. jom kita repeat... aku dan zaki pun follow.. terus mengintai keadaan dan suasana dalam bangunan tersebut...



keadaan tangga papan bersuia lebih 100 tahun... memang legend bangunan ni.. kata kami lagi... dan dalam keadaan sebelum menajadi tegang.. aku dan zaki dapat merasakan sesuatu perkara buruk akan berlaku jika kami bertiga teruskan masuk ke bangunan tersebut.. ( mat... aku rasa baik jangan masuk... kalo kita bertiga ni masuk confirm dia kurung kita mat...) kata aku kepada rahmat... betul mat.. kata zaki... dalam pada masa yang sama.. ketika rahmat berada di hadapan pintu bangunan tersebut... kami dikejutkan lagi dengan keadaan yang tidak dijangka oleh sesiapa dan apa yang akan berlaku...



perkara berlaku dengan pantas.. aku dapat melihat sesuatu benda aneh yang sedang memerhatikan rahmat dari tingkap bangunan tersebut... ketika itu rahmat sedang meminta izin masuk kedalam.. apa yang terlihat dengan mata kasar aku... rambut panjang dan hitam nampak seperti marah dengan kehadiran kami disitu... aku dan zaki menjerit MAT!! MAT!! WOII.. LARI MAT!! DIA KAT TINGKAP BEB!!! LARIIII..... waktu tersebut tuhan sahaja yang tahu... larian pantas kami terus pergi ke depan kawasan rumah pakcik (M) tadi... dan memulangkan kunci... aku dah menggigil tak dapat memikirkan apa yang berlaku... keadaan jadi senyap... rahmat dan zaki tidak berkata apa-apa... dan abang mazidul pun call... kata malam ni kita repeat jam 11 malam.......... dan kami dengan perlahan bergerak keluar dari kawasan bangunan tersebut dan pulang kerumah dengan keadaan kebingungan.... apa yang berlaku keatas kami tidak diduga.. apa pun ALLAH S.W.T yang maha berkuasa...

itulah sedikit pengalaman seram dari crew kami yang berada di lokasi.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas