ALhamdulillah...Allah permudahkan dan murahkan rezeki untuk ku berkunjung ke kota Istanbul ini... di antara bandar yang termasuk dalam senarai impian saya untuk saya kunjungi ...
Apakah yang menarik di sini? Sebenarnya selain drpd mercu tanda yang terkenal di Kota ini...sejarah nya yang jika kita kaji dan selusuri akan membuahkan keinsafan dan kesedaran di hati sanubari ini...
Empayar Turki Uthmaniyyah atau Ottoman Empire sangat terkenal dalam sejarah Islam. Kota Istanbul yang dahulunya di gelar Kota Kontanstinople, berjaya di tawan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh..(sesiapa nak tahu lebih lanjut, boleh baca novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip = Abdul Latip Talib) pada tahun 1453, maka pada tahun ini berakhirlah Empayar Byzantine.
Blue Mosque
Sejak Islam mengusai Kota Konstantinople, kerja-kerja baik-pulih dan pembinaan semula banyak dilakukan.... mesjid-mesjid banyak dibina di sekitar kota ini ... di antaranya gerega Hagia Sophea atau Aya Sofya semasa pemerintahan Byzantine telah ditukar kepada Mesjid ....(sekarang dijadikan muzium) ..
Blue Mosque @ Mesjid Biru, Istanbul, Turkey
Mesjid yang paling istimewa di kawasan Sultanahmet adalah Mesjid Biru @ Blue Mosque. Namun apabila sampai sahaja di kawasan Sultanahmet dari airport..mataku mencari-cari di manakah Mesjid Biru itu? Saya menjangkakan sebuah mesjid yang mempunyai kubah besar berwana biru (seakan-akan Mesjid Negeri Shah Alam) ...namun dari celah-celah dedaun pepohon yang menghijau di taman sekitar mesjid biru ini, kelihatan lah menara-menara Mesjid Biru ... terdapat 6 buah menara untuk mesjid ini... namun terpandang sahaja kubahnya..hatiku sedikit kecewa..kerana kubahnya TIDAK berwarna biru!
Kelihatan menara dan kubah Blue Mosque dari taman Sultanahmet.
Kami datang lagi ke tempat yang sama pada sebelah malam...
Latar belakang Blue Mosque waktu malam..
Tapi daku tidak putus asa..mesti ada sebabnya mengapa dipanggil Blue Mosque. Pencarian bermula dengan membeli sebuah buku mengenai Istanbul di sana, kemudian balik ke hotel saya search di internet pula..lalu saya temui jawapannya.
Sebenarnya ia dipanggil Blue Mosque kerana dinding bahagian dalam mesjid itu di hiasi dengan jubin-jubin biru berukir yang sangat cantik hingga ke bahagian atas siling.
Bahagian dalam Blue Mosque, yang sangat besar dan luas dan tinggi
.tingkap2 dengan cermin tinted berwarna biru..
Dari bhgn dalam..kubah mesjid..yg dihiasi jubin2 biru berukir yg sgt cantik
Lampu yg sangat klasik..
Keseluruhan bhgn dalaman Blue Mosque
Lagi kubah biru ... dengan jubin-jubin yg berukir cantik
Permaidani merah yang cantik di dalam Blue Mosque
Salah satu minaret Blue Mosque dari dalam compound mesjid..
gambar ini diambil selepas kami solat Maghrib di sini
Di hadapan pintu masuk
Dari sebelah luar di tangga..waktu ini sudah hampir pukul 9 malam..
(maghrib masuk pukul 8 lebih ...isya' masuk pukul 10 lebih ...sekarang musim panas..)
Di dalam compound mesjid...di sebelah kanan itu tempat mengambil wudhuk..
Di hadapan pintu gerbang masuk (Interior Atrium Gate) kawasan Blue Mosque
ok..kita sambung lagi kembara di bumi Uthmaniah di lain entri...
update:
Utk pengetahuan semua, Mesjid Biru ini TIDAK dijadikan museum...ia masih berfungsi sebagai sebuah mesjid... ramai umat Islam yang berkunjung ke sini akan masuk bersolat di ruang solat...para pengunjung (terutama non-muslims dan wanita) TIDAK dibenarkan berlegar-legar di ruang solat... tempat solat untuk wanita disediakan di bahagian belakang, ada sahaja umat Islam yang sedang solat dan membaca Al-Quran di ruang hadapan...
In fact, semasa kami datang lagi pada sebelah malam, azan maghrib sedang berkumandang, lalu kami solat berjemaah di dalamnya ...
Yang dijadi museum sekarang ialah Hagia Sophea @ Aya Sofya (akan saya ceritakan di entri akan datang).
No comments:
Post a Comment