Mana bleh tahan sana sini sinun buat apam polkadot ! dengan bangga nyer deena berjaya buat apam polkadot dari tengahari beb layan baru siap haa... abang kata bleh la buat jual * mesti meletops akak nye apam dot dot ko !* sebenar nyer deena tak ikut resepi asal coz tak jadi masa mula-mula kukus tadi mcm ada yg tak kena, so deena olah balik ikut sesuka hati deena tambah dan kurangkan bahan-bahan hehe... * kita yang buat dia heee * . Nasib baik menjadi dengan gebus dan lembut haa.. untuk filling plak deena buat sendiri perasa strawberry nak resepi ekkkk...:) klu bran cer buat ikut resepi sesuka hati deena ni yer...rasa dijamin sodappp !
Bahan-bahan :- 3 biji telur 1 1/4 cwn t/gandum 1 1/4 cwn gula halus 3/4 susu segar 3 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil ovelette Filling - ikut suka nak letak strawberry,kaya, peanut butter dll. Pewarna ( ikut suka ) 1 sudu esen vanilla Caranya :- # Pukul putih telur sampai kembang # masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla ( pukul hingga kembang) # kemudian masukkan gula halus, pukul sampai kembang. # masukkan tepung + baking powder selang seli ngan susu . # bahagikan adunan tadi 3 bahagian dan titiskan pewarna. # Nak senang masukkan adunan dalam piping bag. atau guna sudu pun bleh. # letakkan adunan ke dalam mangkuk 1/4 dulu, masukkan filling dan tambah lagi adunan tadi hingga 3/4 (jgn santak sangat sampai penuh mangkuk kertas tu yer ) # last sekali dot dot kan atas adunan . ( dot dot amik dr adunan yg berwarna tadi gak) Untuk buat filling strawberry :- * pssttt.. klu nak tau filling ni utk buat cekelat ! * :) 4 sudu susu cair 1 sudu besar paste strawberry 1/2 sudu orange flavour 100 gm coklat putih 1 sudu teh glucose atau madu Caranya:- # Masukkan white choc ( yg dah dicairkan -double boil) # masukkan liquid glucose atau madu # dan juga paste strawberry serta orange flavour. kacau sampai sebati. # masukkan susu # masukkan inti tadi ke dalam piping bag. pastu make up la atas adunan tadi. # kukus selama 15-20 minit.
Wokey..itu jer la kekdah nyer . klu ada kemusykilan nak tanya sila...sila...sila... :)
p/s: apam ni tahan 3 hari dan klu simpan dalam peti ais seminggu tahan.
No comments:
Post a Comment