Selamat bertemu kembali,
JANGAN adalah suatu perkataan yang berbentuk negatif atau menunjukkan sesuatu larangan. Apa 10 perkara yang perlu kita elakkan yang ada kaitan dengan makan? Jom kita tengok..
- Jangan MEROKOK selepas makan. Kajian oleh pakar menunjukkan merokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang pada waktu biasa. Risiko menghidap kanser juga lebih tinggi.
- Jangan MAKAN BUAH sebaik sahaja selesai makan kerana perut akan jadi mengembang. Ambillah satu atau dua jam sebelum makan.
- Jangan MINUM TEH selepas makan kerana daun teh ada kandungan asid yang tinggi. Campuran ini menyebabkan protein dalam makanan yang dimakan menjadi keras dan menyukarkan penghadaman.
- Jangan LONGGARKAN TALI PINGGANG selepas makan (apatah lagi sebelum makan). Ia akan menyebabkan berlakunya masalah usus (kalau longgarkan sebelum, kadar makan akan bertambah).
- Jangan makan BERSULAMKAN AIR kerana ia juga dikatakan mengganggu proses penghadaman. Sebaiknya minum selepas beberapa ketika sesudah selesai makan. Dimaafkan jika tercekik makanan, supaya nyawa dapat diselamatkan..
- Jangan makan dengan GELOJOH, kerana kemungkinan besar makanan tidak dikunyah sebaiknya dan risiko tercekik mungkin tinggi.
- Jangan terlalu GHAIRAH BERCAKAP kerana kemungkinan terdapat ruang udara yang terbuka dan risiko untuk makanan 'ter'masuk ke sistem pernafasan. Ini antara sebab berlakunya tersedak makanan. Lagi pun nampak kurang sopan kan.
- Jangan MANDI selepas makan. Ia dipercayai akan meningkatkan kadar pengaliran darah pada bahagian tangan, kaki dan tubuh badan selain di perut. Maka, proses penghadaman di perut akan turut terganggu.
- Jangan terus BERJALAN selepas makan, walau pun ada yang mengatakan berjalan selepas makan boleh memanjangkan usia hingga ke 99 tahun. Tunggu dan rehat sebentar selepas makan (sekurang-kurangnya setengah jam) sebelum melakukan senaman kaki ini, supaya proses penghadaman tidak terganggu.
- Jangan TIDUR selepas makan, kerana proses penghadaman akan terganggu yang menyebabkan makanan sukar diproses dengan sempurna dan boleh menyebabkan berlakunya gangguan gastrointestinal -- sangat terjadi kepada saya jika tidur selepas makan..
Amalkan cara pemakanan yang baik, dengan adab-adab makan yang kita tahu. Kita kan bangsa dan masyarakat yang kaya dengan adab sopan? Marilah kita sama-sama amalkan.
admin: Kalau yang nombor satu tu, tinggalkan terus, bagus juga..
No comments:
Post a Comment