Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat ke kubur bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, hari ini.
Baginda berbaju putih tiba 6.15 petang dan meluangkan masa hampir kira-kira 15 minit membaca surah yasin dan berdoa.
Turut hadir Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.
Dalam pada itu, anak kepada Allayarham, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang mewakili keluarga berkata, baginda mengucapkan salam takziah kepada ibunya, Datin Tuan Sabarian Tuan Ishak dan keluarga keseluruhannya.
Beliau mengucapkan junjung kasih kepada tuanku yang sudi meluangkan masa untuk melawat kubur ayahandanya.
Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia pada 12 Februari lalu di kediamannya di Pulau Melaka selepas mengidap kanser prostat.

Sumber: Berita KL
No comments:
Post a Comment