SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Afdlin Shauki hari ini mempersoalkan kelayakan Jackie Chan susulan penerimaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa itu, hari ini.
Ini kerana Afdlin berkata, adalah lebih baik jika gelaran itu diberikan kepada rakyat Malaysia yang bertungkus lumus serta bergadai nyawa semasa banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini.
Menurut Afdlin, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.
“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya dipetik melalui laman sosial Facebooknya.
Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.
“…apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.
Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.
Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Antarapos
No comments:
Post a Comment