PENYERANG Chelsea, Didier Drogba memberi bayangan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini melabuhkan tirai.
Pemain berusia 36 tahun itu kembali menyarung jersi Chelsea pada permulaan musim EPL lalu selepas beraksi di China dan Galatasaray.
Penyerang prolifik itu kembali menjaringkan gol pertamanyua untuk Chelsea ketika menentang Maribor dalam saingan Liga juara-juara Eropah.
Malah dia juga tampil sebagai hero apabila meledakkan gol tunggal untuk The Blues ketika bertemu Manchester United dalam saingan EPL.
Bagaimanapun bekas pemain kebangsaan Ivory Coast itu memberi bayangan untuk bersara dengan memberitahu bahawa musim ini adalah yang terakhir bagi dirinya di Chelsea.
"Tahun ini merupakan kemuncak bagi diri saya untuk bergembira bersama rakan sepasukan dan memenangi piala.
"Hanya setahun saja lagi, mari lakukannya - menangi piala dan terus melakar sejarah," katanya. - mStar Online
No comments:
Post a Comment