GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini.
Seorang pekerja kilang yang baharu sahaja pulang ke rumahnya selepas bekerja syif malam menemui seorang bayi di atas bonet keretanya apabila terdengar tangisannya kira-kira pukul 4.30 pagi Sabtu.
Bayi itu dipercayai baru sahaja dilahirkan.
Lelaki itu kemudiannya bergegas membuat laporan polis di balai polis Bayan Lepas dan menyerahkan bayi tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata bayi tersebut telah dihantar ke sebuah hospital di Balik Pulau dan keadaannya dilaporkan stabil.
Polis kini sedang menjejaki ibu bayi tersebut. - mStar Online
No comments:
Post a Comment