Hotel Tabung Haji Pulau Pinang terletak berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas.Jarak lebih kurang 2km. Apa yang menarik tentang hotel ini ialah Bank Tabung Haji juga terletak dalam bangunan ini. Jadi ambillah kesempatan untuk buka akaun Tabung Haji atau kemaskini buku anda. Di luar pagar Tabung Haji ini pula ada satu kedai Nasi Dalca, kecil saja tapi orang ramai beratur panjang. Kalau hari Sabtu pula ada pasar malam. TH hotel ini juga berdekatan dengan Muzium Perang dan Akuarium yang jaraknya lebih kurang 8 km.
Aku telah menginap di hotel ini dua kali iaitu pada 28 Feb dan 12 April. Sebenarnya aku suka hotel TH ini kerana sunyi, nyaman, bilik besar tetapi ada satu sebab yang menyebabkan aku ralat dengan hotel ini iaitu perkhidmatan internetnya yang sangat teruk dan perkhimatan pelanggan di kaunter yang tidak berapa mesra. Selama dua kali aku datang dua kali juga tiada perkhidmatan internet. Alasan yang mereka berikan internet di bawah ada (lobi) sepatutnya di tingkat 4 juga ada atau orang terlalu ramai mengakses. Janji dengan aku hendak periksa tapi sampai sudah tiada inisiatif hendak update aku bertanya sudah ok atau belum. Bila aku pergi ke kaunter bertanya mereka bagi alasan di kaunter juga ada masalah internet sejak dua hari lepas. Aduan sudah dibuat pada TM dua hari lepas tapi tiada tindakan lagi. Itu adalah alasan palsu sebab dua hari itu adalah waktu bekerja bukan hari bercuti. Aku bagi tahu TM ni kalau kita dah buat aduan dia akan ambil tindakan dalam tempoh 24 jam. Tapi itu sajalah alasan mereka sedangkan pekerja yang bekerja waktu syif sebelum itu beritahu dia boleh mengakses internet. Aku juga boleh akses internet dari tingkat 1 tapi bukan dari tingkat 4. Apabila alasan yang tidak munasabah diberikan dan tidak ada inisiatif hendak membantu, kekecewaan dalam diri aku pun timbul dan ini mungkin kali terakhir aku menginap di sini.
Ada 3 kriteria untuk aku menginap di satu-satu hotel itu iaitu tempat tidur dan bilik air yang bersih, perkhidmatan pelanggan dan capaian internet. TH Bayan Lepas gagal pada dua perkara itu. Aku rasa ia amat menyedihkan kerana TH adalah jenama orang Islam. Diharapkan TH boleh membaiki kekurangan yang ada. Tetapi aku harus berikan pujian kepada pekerja-pekerja housekeeping. Mereka amat mesra, murah senyuman dan suka membantu.
Aku menginap di bilik superior bernombor 411 dan 402 yang berharga RM150 tanpa sarapan pagi.
Pro
----
1. Bilik luas sangat dan bersih
2. Bilik air pun luas
3. Pengelap kaki di bilik air (TH Alor Setar tak ada)
4. Siaran kabel tv
5. Wifi
6. Air mineral
7. Penghantaran surat khabar depan pintu
8. Peti ais mini, al-quran dan lain-lain yang biasa
9. Makanan ala carte di cafenya sedap walaupun menunya tak banyak
10. Ada gym
11. Ada lif dan mesra OKU
Kontra
---------
1. Wifi teruk sangat
2. Tiada seterika
3. Tiada pengering rambut
4. Tiada tisu tandas
3. Tiada kolam renang dan sauna.
Ini gambar dan video bilik.
Lobi depan tu Bank Tabung Haji |
Kawasan lobi dan receptionist |
Lif bahagian lobi |
Harga biasa |
Bilik air pun cantik |
Sangat luas. Bila dah luas tv tulisan di tv pun tak berapa nampak |
Macam rumah pangsa. Ruang berjalan ke bilik sangat selesa |
Pemandangan dari bilik. Taman kecil di bawah |
Pemandangan dari bilik |
Luas sangat puas hati. |
Gym |
No comments:
Post a Comment