Hari Sabtu 5 April 2014..Tepat jam 12 malam, krew peninjau PAG iaitu Az PAG,AJ,Basid & Yuyie bergerak ke sebuah lokasi yang ada kaitan dengan hukuman dan penjenayah.Kami di bawa oleh `Mat` (bukan nama sebenar) bersama beberapa orang pengawal keselamatan untuk meninjau suasana di perkarangan bangunan mahkamah lama.
Gambar ketika di lokasi
Bangunan mahkamah ini mempunyai beberapa blok dan mempunyai ciri-ciri sejarahnya tersendiri apabila kita melihat pada struktur binaannya.Di hadapan bangunan ini juga terjadi beberapa peristiwa bersejarah.Salah satunya, di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era `penjajahan` kepada era masyarakat yang merdeka.
Bangunan ini telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, di bawah Akta 645.
Dari pemandangan mata biasa, bangunan ini di lihat begitu cantik namun kita lupa akan sejarahnya.Ketika dalam tinjauan, krew PAG berasa teruja kerana dapat melihat sendiri keadaan dan suasana di dalam setiap bilik mahkamah yang masih wujud sehingga kini.Tujuan, misi dan visi kami kesana hanyalah satu.Iaitu mencari dan mengkaji fenomena paranormal.Satu persatu bilik gelap kami `terokai` untuk mengesan hot spot entiti yang dikatakan menjadi penghuni di bangunan bersejarah ini.
Sedikit gambar di lokasi
Sedikit gambar yang dapat kami kongsikan
Seni reka bentuk.
Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moor. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.
Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897.
Krew PAGparanormal telah pun melakukan tinjauan dan telah melihat sendiri hot spot-hot spot yang boleh digunakan untuk kajian pada masa akan datang.Kami akan kembali semula..
No comments:
Post a Comment