28 Feb 2014, Aku dan kawan aku menginap di Royal Hotel Penang bertaraf 4 bintang. Dalaman hotelnya nampak klasik dan perabot dalam bilik pun klasik. Parking kereta bawah tanah kena guna tangga untuk naik ke lobi. Receptionistnya sangat bagus. Masa kami datang kami berurusan dengan receptionist bernama Andrew. Kami ingatkan dia Melayu kerana dia bercakap dalam bahasa Melayu di mana jarang kami berjumpa receptionist yang hendak bercakap melayu dengan pelanggan hotel. Bahasa Melayunya sangat bagus dan pandai berseloroh orangnya.
Kami menginap sehari di bilik Deluxe room bernombor 803. Harga RM204 beserta sarapan.
Pro
----
1. Wifi. Satu kabel utp disediakan juga
2. Bilik bersih
3. Ada gym dan kolam renang
4. Mesra OKU
Kontra
--------
1. Paip tak ada nak basuh anu. Paip panjang di tempat mandi pun tak ada.
2. Tak ada sofa dalam bilik seperti hotel 4 bintang yang lain.
Layan gambar dan video
----------------------------
|
Jalan ke bilik |
|
Pemandangan dari bilik |
|
Perabotnya jenis klasik. TV pun klasik |
No comments:
Post a Comment