Thursday, March 6, 2014

Sekali Lagi Port Dickson

Our Pre 2nd Year Wedding Anniversary

6 Mac 2014

Setelah berkurun terperap kat dalam pc, baru la terhegeh-hegeh nak post pasal bende alah ni... Ktorang g holiday ke PD ni dari 22-24 November 2013. Ni kira tahun lepas punya cerita ok.. TAHUN lepas... Hari ni dengan rasa tak bersalah update je macam biasa macam baru je lepas balik PD minggu lepas...Kwang kwang kwang... Disebabkan dah terlalu lama, memang niat takde nak cerita pasal apa pun. So tempek gambar jela. Just excited nak g dinner kat Samudra Ikan Bakar macam masa cite kat post ni.

Aktiviti kat bawah ni sepanjang hari Sabtu je sebab Jumaat ktorang bertolak malam. Ahad tengahari dah balik sebab Mr. Aid nak join photoghapher masa kami kawen dulu outdoor tok weeding photoshoot, Abang Shah TerataiPictures. Boleh bukak facebook Abang Shah. Al-kisahnya sebab nak tengok kuda. Hehehehe...

1. Memula kami g berfoya-foya berkejaran di tepian pantai sambil disaksikan awan yang berkepul-kepul dan ombak yang menderu...wahahaha... takleh blah ayat. Pastu baru kami ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson. Tapi amik gambar kat luar je sebab dulu da penah masuk. Jemput la datang ea sebab tok Mrs. Yan yang berani ala-ala ni macam terasa ada orang perati je masa kat dalam muzium tuh. Huhuhuhu... Padahal cctv je kan... Orang berani memang macam tuh. Normal okkaip... Korang apa tau.
 

 


Tugu senarai nama pahlawan yang gugur di medan perang
 
 
 
2. Kami lunch kat McDonald's Waterfront kat PD gak. Hahaha... Cantik baq haaang... Sea view gittew... Gambar kat bawah ni pun ktorang amik kat depan Mcd ni.
 
 
 
 
3. Gambar kat bawah ni ktorang g deret-deret khemah derang jual barang-barang cenderahati, baju, permainan segala la. Ktorang amik baju I LOVE PORT DICKSON tok pakai masa dinner nanti :)
 

 
 
4. Time ber'sunset'
 
Jambatan Pantai Cahaya, Port Dickson
Ada nampak pengantin-pengantin tengah buat outdoor kat pantai ni. Cantik tau...
 
 
 Pantai kat kawasan Bayu Beach Resort
 
5. Dinner kat Samudra Ikan Bakar - Again :)





Ni kalo kucing tengok mesti nanges sebab tak tinggal langsung tok dia.
 

Ni la owner Restoran Samudra Ikan Bakar - Hj. Fared Bin Hj Masrom
Nak tau cerita masa 1st time ktorang g sini, korang blh click kat sini 
 
 
Menu kami malam tuh:
1. 2 pinggan nasi putih
2. Kerapu masak tiga rasa
3. Telur dadar
4. Butter prawn
5. Kangkung goreng
6. 1 JUG AIR TEMBIKAI
 
Total semua sekali dalam RM80.00 kalo tak silap. Mesti korang rasa mahal sebab makan 2 orang kan. Tapi serius ktorang nak nanges habehkan semua makanan tuh. Nampak tak Mrs. Yan 'uppercase' kan 1 JUG AIR TEMBIKAI tuh. Sebab bila dah sampai makanan baru ktorang terpikir. Apsal tak amik setengah jug je ea. Hahahaha... Dasar nafsu serakah... Hajat nak makan butter prawn kat sini pun termakbul. Sedap... Balik siap try test lagi macam mana cara nak masak butter prawn. Sebaldi nestum kucurahkan semata-mata nak tengok sama tak macam kat Samudra. Wengg betul... Kuikuikui...

Sekali lagi ktorang terjah Baden-Baden Bundle
 
 

2 hari lepas kami balik dari PD, ma Mrs. Yan tak sihat. Admitted berapa hari la jugak. Ma Mrs. Yan kena tyroid. Alhamdulillah sekarang da ok tapi still kena makan ubat cuma sukatannya da kurang secara mendadak. Maybe sebab peringkat awal dah dapat detect kot...

 
Sampai sini jela pasal pre 2nd years wedding anniversary kami. Takde pun cerita yang sayang muah-muah sampai orang geli nak baca sebab Mrs. Yan pun geli nak tulis. Hahahaha... Doakan kami kekal hingga ke syurga okkaip... Semoga dibukakan semua pintu-pintu rezeki yang masih tertutup untuk kami. Permudahkan urusan dunia dan yang pentingnya akhirat... Amin...
 
* Ingat tak lagi Mrs. Yan penah cakap Restoran Terapung yang berdepan dengan Restoran Samudra Ikan Bakar ni mahal??? Hari tuh masa ktorang tengah tunggu makanan, ktorang perasan derang siap ada electric board message, pastu tulis semua harga seafood derang. Nampak macam murah. Sapa-sapa yang da try boleh la bagitau kat sini ea... Mana tau restoran tu memang dah turunkan harga ke kan... Boleh kita pakat cuba ramai-ramai :)
 
-Thanks for reading-

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas